Ujian Pra-natal
Ujian pranatal boleh mengesan masalah yang berpotensi pada peringkat awal. Artikel ini memberitahu betapa pentingnya ujian ini untuk memastikan hasil terbaik untuk anda dan bayi anda.
Perkara paling utama untuk dilakukan setelah mengetahui anda hamil adalah membuat janji temu dengan doktor anda.
Saat menerima berita yang menggembirakan
Saat mengetahui yang anda hamil adalah saat yang paling menggembirakan. Tetapi setiap kehamilan mesti dijaga bagi memastikan keselamatan dan keselesaan anda dan anak anda.
Perkara paling utama untuk dilakukan setelah mengetahui anda hamil adalah membuat janji temu dengan doktor anda. Doktor akan berbincang dan menjawab segala pertanyaan anda. Doktor mungkin juga merujukkan seorang pakar sakit puan kepada anda jika anda masih mencarinya.
Ujian Pranatal
Ujian pranatal boleh mengesan masalah yang berpotensi pada peringkat awal agar langkah-langkah yang sesuai boleh diambil untuk memastikan hasil terbaik untuk anda dan bayi anda.
Beberapa ujian saringan dijalankan ke atas semua wanita yang hamil. Ujian saringan lain dijalankan hanya jika ibu bapa mempunyai faktor risiko yang spesifik untuk keadaan tertentu.
Ujian diagnostik juga boleh dilakukan untuk menentukan jika anak anda berisiko untuk mendapat keadaan tertentu atau untuk membekalkan maklumat tambahan tentang anak anda.
Doktor akan menasihatkan ujian pranatal yang paling sesuai untuk anda. Panduan kami akan memberikan gambaran keseluruhan ujian pranatal yang biasa dilakukan.
Ujian darah
Individu yang diuji: Hampir semua wanita hamil
Bila masanya: Semasa lawatan pranatal pertama
Cara ia dijalankan: Darah yang diambil dari urat lengan anda diuji di dalam makmal
Apa yang diperiksa dalam ujian ini:
- Jenis darah dan kewujudan antibodi Rh
Mengapa ia dijalankan: Jika darah fetus anda mempunyai antibodi Rh (biasanya dipanggil "Rh positif") dan badan anda tiada antigen Rh (biasanya dipanggil "Rh negatif"), masalah akan timbul. Badan anda akan bertindak balas jika ia alah kepada fetus. Walau bagaimanapun, jika doktor maklum tentang situasi ini, anda akan dijaga secara khusus sepanjang tempoh kehamilan bagi mencegah sebarang komplikasi.
- Paras hematokrit dan hemoglobin
Mengapa ia dijalankan: Paras ini akan menguji anemia, komplikasi biasa semasa hamil yang menjurus kepada kekurangan zat besi. Anemia boleh membuatkan anda tidak tahan dengan pendarahan semasa melahirkan dan boleh meningkatkan risiko jangkitan. Ia juga boleh menambah risiko berat badan rendah dan kelahiran pramatang. Jika anemia kekurangan zat besi berlaku, ia boleh dirawat dengan dos terapeutik zat besi.
- Kewujudan sifilis
Mengapa ia dijalankan: Jika anda menghidap penyakit kelamin ini, anda akan dirawat bagi mengelakkannya daripada menjangkiti anak anda.
- Kewujudan keimunan rubella
Mengapa ia dijalankan: Jika ujian ini menunjukkan anda tidak imun terhadap rubella, juga dipanggil penyakit campak Jerman (German measles), anda dilarang menyentuh individu lain yang menghidap penyakit ini semasa hamil dan dapatkan vaksin selepas anak anda dilahirkan. Rubella boleh mengakibatkan kecacatan semasa lahir jika anda dijangkiti semasa hamil.
- Kewujudan keimunan cacar air
Mengapa ia dijalankan: Jika ujian ini menunjukkan anda tidak imun terhadap cacar air, anda dilarang menyentuh individu lain yang menghidap penyakit ini semasa hamil. Cacar air boleh mengakibatkan kecacatan semasa lahir jika anda dijangkiti semasa hamil.
- Kewujudan virus hepatitis B
Mengapa ia dijalankan: Jika anda menghidap penyakit ini, anda dan anak anda akan diberi rawatan.
- Kewujudan virus kurang daya tahan manusia (HIV)
Mengapa ia dijalankan: HIV adalah virus yang menyebabkan sindrom kurang daya tahan penyakit (AIDS). Jika anda menghidap penyakit ini, anda akan diberikan ubat untuk mengurangkan risiko jangkitan kepada anak anda.
Risiko: Tiada
Berkongsi berita yang menggembirakan ini
Anda pastinya teruja dan gembira untuk berkongsi detik ini dengan keluarga dan teman-teman. Sesetengah individu menunggu sehingga 12 minggu atau sehingga imbasan pertama dijalankan. Manakala, yang lain terus berkongsi berita ini dari mula. Terserah kepada anda.
Mengumpul maklumat
Sumber maklumat seperti laman web ini dan buku boleh dijadikan panduan berguna sepanjang tempoh kehamilan anda. Anda boleh mengikuti perkembangan anak setiap minggu, apa yang harus dijangkakan seterusnya dan cara membuat persediaan. Anda boleh juga mendaftar untuk kelas antenatal agar dapat belajar dan berkongsi pengalaman dengan wanita hamil yang lain.
Menjaga diri anda
Untuk kekal sihat sepanjang tempoh kehamilan anda, dapatkan rehat yang cukup, makan diet sihat serta lakukan senaman yang sesuai.
Dapatkan sokongan
Komunikasi dengan teman, keluarga dan doktor amat penting sepanjang tempoh ini. Mereka boleh memberikan nasihat dan panduan dan mengurangkan kebimbangan anda. Anda boleh juga mencari wanita lain di sekitar rumah anda yang bakal menimang cahaya mata agar pengalaman dapat dikongsikan bersama.
Nikmati pengalaman indah ini
Pengalaman ini hanya 9 bulan, apa kata anda memanfaatkannya sebaik-baiknya.
Penafian: Kandungan ini dikongsi sebagai bahan untuk maklumat sahaja dan bukan sebagai penggantian untuk nasihat pakar/perubatan, diagnosis atau rawatan. Anda dinasihati supaya sentiasa dapatkan nasihat profesional kesihatan untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan keadaan perubatan/situasi khusus.