S-26 PROGRESS Step 3​ Growing Up Milk​ (June 2025)

Susu S-26 PROGRESS​ Langkah 3​

S-26 PROGRESS dirumus khusus untuk kanak-kanak berumur 1 – 3 tahun, untuk menyokong perkembangan minda dan fizikal mereka, serta membantu dan mempersiapkan Si Manja menjadi pelajar yang proaktif untuk mencapai kejayaan di masa hadapan.​

Pek Baharu S-26 PROGRESS​

NUTRIGIFT SYSTEM™ Menyokong Tumbesaran & Perkembangan Si Manja​

Pupuk potensi Si Manja dengan gabungan unik NUTRIGIFT SYSTEM™, yang membantu menyokong perkembangan minda dan tumbesaran sihat untuk kanak-kanak berumur​
1 – 3 tahun.​

PERKEMBANGAN MINDA​

3X DHA* & 2X AA*​

Dirumus dengan nutrien seperti DHA dan AA untuk menyokong fungsi minda. DHA dan AA adalah komponen penting yang banyak terdapat dalam otak.​

​*Berbanding rumusan terdahulu.​

 

VITAMIN A​

Vitamin A, penting untuk fungsi mata, dan membantu dalam mengekalkan kesihatan kulit dan membran mukus.​

 

PERKEMBANGAN FIZIKAL​

OLIGOFRUKTOSA​

Oligofruktosa, adalah serat boleh larut yang mempunyai sifat prebiotik untuk menyokong sistem penghadaman yang optimum1,2.​

 

KALSIUM & VITAMIN D​

Kalsium dan Vitamin D menyokong perkembangan tulang dan gigi yang kuat.​

 

ZAT BESI & ZINK​

Zat Besi membantu dalam pembentukan sel darah merah.​ Zink penting untuk pertumbuhan.​

Jadual Perbandingan Nutrien Penting​

Senarai Maklumat Pemakan

 

 

Panduan Penukaran Jenama

Arahan Penyediaan​

 

Cadangan 2 – 3 hidangan setiap hari, atau mengikut nasihat profesional kesihatan anda.​

  1. Basuh tangan anda dan bersihkan perkakas sebelum penyediaan.​
  2. Didihkan air minuman selama 5 minit dan biarkan sejuk suam.​
  3. Campurkan secara beransur-ansur 5 pencedok (40g) susu tepung ke dalam 210ml air suam.​
  4. Kacau sehingga susu tepung larut sepenuhnya.​
  5. Simpan pek di dalam bekas kedap udara di tempat dingin dan kering.​
  6. Keringkan pencedok sebelum dimasukkan kembali ke dalam bekas.​

 

Gunakan dalam tempoh 4 minggu selepas dibuka.​

Aktiviti Pembelajaran yang Menyeronokkan​

Senarai aktiviti DIY yang menyokong tumbesaran Si Manja dan memupuk minat belajar.​

 S-26 PROGRESS DIY ACTIVITIES - Get To Know The Solar System

Aktiviti DIY S-26 PROGRESS - Mengenali Sistem Suria

Belajar tentang sistem suria dengan aktiviti melukis dan mewarna

S-26 PROGRESS DIY ACTIVITIES - Rockets & Meteors Galaxy Board Game

Aktiviti DIY S-26 PROGRESS - Permainan Papan Galaksi Roket & Meteor

Jadikan pembelajaran matematik menyeronokkan dengan permainan papan galaksi roket dan meteor

Soalan Lazim

Adakah S-26 PROGRESS Langkah 3 dan S-26 PROMISE Langkah 4 mengandungi laktosa?

S-26 PROGRESS Langkah 3 dan S-26 PROMISE Langkah 4 mengandungi laktosa. Sila rujuk pakar pediatrik atau profesional kesihatan untuk mendapat nasihat selanjutnya.

Adakah S-26 PROGRESS Langkah 3 dan S-26 PROMISE Langkah 4 mengandungi prebiotik?

S-26 PROGRESS Langkah 3 dan S-26 PROMISE Langkah 4 mengandungi Oligofruktosa, iaitu sejenis serat larut yang mempunyai sifat prebiotik.

Apakah perbezaan S-26 PROGRESS Langkah 3 dan S-26 PROMISE Langkah 4?

S-26 PROGRESS Langkah 3 sesuai untuk kanak-kanak berumur 1 hingga 3 tahun, manakala S-26 PROMISE Langkah 4 sesuai untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 7 tahun.

Umur berapakah yang disarankan untuk memperkenalkan Si Manja saya dengan pengambilan S-26 PROGRESS Langkah 3?

S-26 PROGRESS Langkah 3 disarankan untuk kanak-kanak berumur 1 hingga 3 tahun. Si Manja anda boleh mula mengambil S-26 PROGRESS Langkah 3 apabila mereka berumur setahun.

Berapa lamakah serbuk susu ini boleh disimpan setelah dibuka?

Anda dinasihatkan untuk menghabiskan produk ini dalam tempoh 4 minggu selepas dibuka. Simpan pek di dalam bekas kedap udara di tempat dingin dan kering.

Saya perasan S-26 PROGRESS Langkah 3 ada wajah baharu. Adakah peknya telah bertukar?​

Bermula April 2025, S-26 PROGRESS Langkah 3 akan tampil dengan reka bentuk dan rumusan baharu. Namun, tiada perubahan pada saiz pek. S-26 PROGRESS kini mengandungi 3X DHA* dan 2X AA*. DHA dan AA adalah komponen penting yang banyak terdapat dalam otak. *Berbanding rumusan terdahulu.

Apakah ramuan yang terdapat dalam pek baharu S-26 PROGRESS Langkah 3?​

Susu Tepung Skim (Susu Lembu), Protein Air Dadih (Susu Lembu), Maltodekstrin, Minyak Sayuran (Olein Kelapa Sawit, Biji Sesawi Erusik Rendah, Bunga Matahari),  Laktosa (Susu Lembu),  Oligofruktosa, Mineral (Kalsium Karbonat, Kalium Sitrat, Kalium Hidroksida, Natrium Sitrat, Natrium Klorida, Kalium Karbonat, Ferus Sulfat, Natrium Fosfat, Magnesium Klorida, Zink Sulfat, Mangan Sulfat, Kuprik Sulfat, Kalium Iodida, Natrium Selenit), Pengemulsi (Lesitin Soya Dan Monogliserida), Vitamin (Kolina Klorida, Asid Askorbik, Niasin, E, B5, A, B1, B6, B2, Asid Folik, Beta-Karotena, K1, Biotin, D3, B12), Asid Dokosaheksenoik (daripada Minyak Schizochytrium sp.), Asid Arakidonik (daripada Minyak Mortierella alpina), Pengawal Asid (Asid Sitrik), Perisa (Vanila).​

Mengandungi Pengemulsi, Pengawal Asid dan Perisa yang Dibenarkan. Aditif Makanan adalah daripada Sumber Tumbuhan atau Sintetik.​

Apakah maklumat nutrisi pek baharu S-26 PROGRESS Langkah 3?

 

Anak saya enggan minum susu tepung rumusan dari pek baharu ini.​

Kami faham bahawa sesetengah kanak-kanak mungkin sensitif terhadap sedikit perbezaan rasa atau bau, yang mungkin berlaku akibat penambahbaikan proses pengilangan yang telah dipertingkatkan sebagai sebahagian daripada komitmen global kami untuk usaha penambahbaikan berterusan. Kami syorkan agar anda menukar jenama susu tepung rumusan secara berperingkat. Anda juga boleh merujuk kepada panduan penukaran jenama kami untuk S-26 PROGRESS Langkah 3.​

Beli susu rumusan S-26 PROGRESS di kedai rasmi kami

s26-progress-550g

 

RM40.50

s26-progress-1.65kg

 

RM113.50

s26-progress-1.1kg

 

RM77.90

Produk lain yang disyorkan

s26-gold-progress-packshot-v1

S-26 GOLD PROGRESS

(1 ke 3 tahun)
600g, 900g,1.2kg, 1.8kg