Keselamatan di rumah

Keselamatan di rumah

Belajar menjadi ibu bapa yang tenang jika anak anda bergerak di dalam rumah tanpa membahayakan diri sendiri atau barang-barang. Ketahui langkah atau petua rumah yang selamat.

headphones

PLAYING: Safety Around Home

5 min read

Jika anda kerap meninggalkannya di kepungan mainan kerana memikirkan ia selamat, ia tidak baik untuk perkembangannya.

Bukankah paling selamat jika saya membiarkan anak saya bermain di dalam   kepungan mainan untuk menghabiskan masanya?

Walaupun agak bijak untuk meninggalkannya di satu tempat yang selamat, jika anda kerap melakukannya, ia tidak baik untuk perkembangannya. Jika anda sentiasa menghalang naluri ingin tahunya, dia akan hilang minat untuk belajar dan menerokai.

Anda juga belajar menjadi ibu bapa yang tenang jika anak anda bergerak di dalam rumah tanpa membahayakan diri sendiri atau barang-barang di rumah.

Bagaimanakah untuk mewujudkan keadaan rumah yang selamat untuk anak saya?

Berikut adalah beberapa petua:

  • Pasangkan pagar keselamatan anak untuk mengepungnya di dalam bilik atau kawasan agar mudah untuk dipantau sambil menjalankan tugas-tugas anda.
  • Jauhi semua objek tajam dan yang boleh menyebabkan tercekik agar tidak dapat dicapai oleh anak-anak. Ini termasuk duit syiling, butang, gunting, klip kertas, manik, kaca, pisau cukur, pin, skru dan paku.
  • Hapuskan semua capaian kepada perkakas kecil, alat berkuasa tinggi, pisau, cat, mancis, alkohol, gasolin dan minyak tanah. Elakkan menyimpan senapang di dalam rumah, jika anda memerlukannya, simpanlah tanpa peluru dan di tempat berkunci.
  • Pasangkan kunci untuk kabinet dan laci yang boleh dicapai anak jika ia mengandungi objek untuk dikendalikan orang dewasa sahaja.
  • Cabut palam perkakas elektrik jika tidak digunakan. Jauhi wayar elektrik daripada kanak-kanak dan tutup salur keluar elektrik.
  • Apabila memasak, pastikan yang pemegang kuali tidak terkeluar dari bahagian atas dapur. Pastikan anak jauh dari tempat anda membuka pintu ketuhar dan apabila anda mengendalikan makanan dan minuman yang panas. Jika boleh, matikan suis dapur apabila tidak digunakan untuk mencegah anak daripada menghidupkan dapur.
  • Jauhi semua bahan pencuci daripada dicapai anak atau simpan semua bahan pencuci di dalam kabinet berkunci. Anda juga perlu menyimpan semua sabun, syampu, barangan kosmetik dan ubat-ubatan.
  • Ikat semua tali pengikat langsir di tempat penyangkut dinding yang tidak dapat dicapai anak. Anda juga hendaklah mengalihkan sebarang mainan yang mudah bergerak, mainan bergantung dan gim buaian dari tempat tidurnya jika anda belum berbuat demikian.
  • Pasangkan mana-mana tingkap yang terbuka dengan penghalang agar anak anda tidak memanjat keluar. Jauhi kerusi dan meja dari tingkap supaya anak anda tidak mudah untuk memanjatnya.
  • Jangan sekali-kali meletakkan baldi atau bekas lain yang mengandungi air walaupun sedikit. Anak kecil boleh lemas walaupun di dalam air yang sedikit.
  • Jangan biarkan beg plastik bersepah-sepah di rumah. Kanak-kanak boleh menyarungnya di kepala dan lemas.
  • Uji kestabilan perabot yang tinggi di dalam rumah. Jika ia tidak stabil apabila ditarik, kukuhkannya ke dinding atau letakkannya di belakang perabot yang lain.
  • Pasangkan pagar atau penghalang lain di tempat main di luar rumah anda. Jika anda mempunyai peralatan mainan di luar, pastikan pasir, serpih kayu atau bahan lembut lain dipasangkan di bahagian bawah untuk memberikan impak pendaratan yang lembut jika terjatuh.
  • Pastikan anda mempunyai alat pertolongan cemas yang lengkap.
  • Simpan nombor telefon jabatan polis, jabatan bomba dan pusat kawalan racun berdekatan dengan telefon.

 

Penafian: Kandungan ini dikongsi sebagai bahan untuk maklumat sahaja dan bukan sebagai penggantian untuk nasihat pakar/perubatan, diagnosis atau rawatan. Anda dinasihati supaya sentiasa dapatkan nasihat profesional kesihatan untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan keadaan perubatan/situasi khusus.

Kandungan yang disyorkan

Asking-your-healthcare-professional-the-right-questions

Soalan Penting untuk Ditanyakan kepada Doktor Semasa Pemeriksaan Anak Anda!

Walaupun ini adalah perkara biasa bagi kebanyakan ibu bapa, adalah penting untuk anda bertanya soalan yang betul semasa temu janji anda untuk memahami sepenuhnya pertumbuhan dan perkembangan fizikal anak anda.

Impact-of-delayed-growth-and-tips-for-parents-to-help-their

Kesan tumbesaran terbantut dan tip untuk ibu bapa membantu anak mereka

Adalah penting bagi ibu bapa untuk ambil perhatian bahawa kanak-kanak membesar dan berkembang pada kadar yang berbeza dan perbezaan antara individu mungkin berlaku. Walau bagaimanapun, kadar pertumbuhan anak anda boleh memberitahu kami tentang kesihatan mereka secara keseluruhan

How-to-compare-with-other-kids

Saya bimbang tentang ketinggian anak saya!

Bagi sesetengah ibu bapa, bimbang dengan ketinggian anak mereka dan ini adalah normal. Apabila kanak-kanak membesar, mereka menempuhi pelbagai emosi, dan sebarang perubahan fizikal, terutamanya dari segi saiz, boleh menjadi lebih ketara kepada mereka dan rakan sebaya mereka

child-picture

Mencapai Tumbesaran yang Sempurna

Malnutrisi, terutamanya kekurangan nutrisi akan menyebabkan tumbesaran yang tidak sempurna dalam kalangan kanak-kanak.

brain

Perkembangan Otak Si Manja

Kanak-kanak pada era digital semakin menjalani hidup yang kurang aktif

webb

Tip Untuk Ibu: Cara Membina Kemampuan Mental Kanak-Kanak

Adakah kepintaran diwarisi atau dikembangkan? Kajian neurosains baru-baru ini menunjukkan bahawa kebanyakan daripada kita dilahirkan berpotensi untuk mencapai kemampuan kognitif yang hebat. Genetik memang memainkan peranan, namun sebenarnya persekitaran yang lebih mempengaruhi perkembangan intelektual kanak-kanak.

built-lego

Bagaimana Hobi Memberi Manfaat Kepada Kanak-kanak dan Pengalaman Pembelajaran Mereka.

Hobbies can benefit children in so many ways. Help your children find fun hobbies with these simple tips!