Konflik adik-beradik
Konflik adik-beradik tidak dapat dielakkan dan merupakan perkara yang normal. Sudah pasti ibu bapa mengimpikan hubungan baik antara mereka. Pelajari bagaimana untuk menanganinya dalam artikel ini.
Persaingan antara anak-anak boleh memuncak semasa usia meningkat. Adik-beradik yang usianya rapat atau mempunyai minat yang sama biasanya lebih suka bersaing.
Persaingan adik-beradik - sebahagian daripada proses membesar
Konflik adik-beradik tidak dapat dielakkan dan merupakan perkara yang normal. Dalam sebuah keluarga, sudah pasti ibu bapa mengimpikan perhubungan yang baik antara anak-anak mereka, tetapi pertelingkahan tidak dapat dielakkan antara saudara kandung. Anak-anak biasanya bergaduh kerana berebut mainan dan mengusik sesama sendiri. Ikuti panduan berikut tentang apa dan bila untuk dijangkakan:
Untuk usia 1-3 tahun
Anak-anak di bawah usia 4 tahun sangat bergantung pada ibu bapa mereka dan sukar untuk berkongsi barang dengan adik-beradik lain.
Usia 4 tahun dan ke atas
Persaingan antara abang dan kakak boleh memuncak semasa usia mereka meningkat. Adik-beradik yang usianya rapat atau mempunyai minat yang sama biasanya lebih suka bersaing.
Kerenah anak yang lebih tua dan yang lebih muda
Apabila anak yang lebih muda meningkat usia dan memperoleh lebih banyak kemahiran dan bakat, anak yang lebih tua berasa terancam atau malu. Akibatnya, persaingan tidak sihat atau tindakan agresif daripada anak yang lebih tua boleh berlaku. Sementara itu, anak yang lebih muda cemburu melihat keistimewaan yang diperoleh abang atau kakak apabila usia mereka meningkat. Persaingan dan tindakan agresif daripada saudara kandung yang lebih tua akan mengejutkan yang lebih muda dan boleh membawa kepada permusuhan. Apabila anak-anak saling mencemburui, anda diharapkan jangan cepat berasa sedih dan kecewa, terutamanya jika yang tua masih di peringkat tadika. Anak yang lebih muda akan mengambil masa untuk belajar bahawa kasih sayang ibu bapanya tidak berbelah bahagi sama sekali.
Enam cara untuk mengendalikan konflik antara anak-anak:
- Benarkan anak yang lebih tua menjaga yang lebih muda. Perhubungan antara saudara kandung boleh diperkukuhkan jika yang tua membantu memberi makan atau menukar lampin yang muda.
- Jangan membandingkan anak-anak. Elakkan menyebut-nyebut perbezaan anak-anak di hadapan mereka. Anak anda mungkin menyalah tafsirkan perbandingan sebagai satu kritikan.
- Jangan masuk campur pertelingkahan anak-anak. Jika anak-anak yang masih kecil berkelahi, anda perlu masuk campur dan menenangkan mereka tetapi jika ia melibatkan yang lebih tua, mereka boleh menyelesaikannya sendiri.
- Jika berlaku keganasan, ia tidak boleh diterima. Pastikan anak anda sedar yang anda tidak akan bertolak-ansur dengan sebarang keganasan antara mereka.
- Jangan menghukum seorang anak di hadapan yang lain. Jika anda perlu menghukum atau memarahi anak, lakukannya di tempat yang sunyi dan tertutup.
- Sediakan ruang untuk setiap anak. Berikan ruang untuk anak-anak - terutamanya yang lebih tua. Lindungi barangan peribadi setiap anak daripada yang dikongsi.
Penafian: Kandungan ini dikongsi sebagai bahan untuk maklumat sahaja dan bukan sebagai penggantian untuk nasihat pakar/perubatan, diagnosis atau rawatan. Anda dinasihati supaya sentiasa dapatkan nasihat profesional kesihatan untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan keadaan perubatan/situasi khusus.
Related articles