Bersedia untuk ke Taman Asuhan atau Tadika
Kita perlu menjadi lebih praktikal dan mencari jalan untuk memudahkan anda dan juga si comel anda. Ketahui bagaimana untuk atasinya di dalam artikel ini.
Rasa takut dan bimbang kerana menghantar anak anda ke taman asuhan atau tadika.
Membuat Persediaan untuk Anak anda ke Taman Asuhan atau Tadika
Bagi sesetengah individu, pengalaman ini sangat mendebarkan. Banyak sebab yang menjadi puncanya. Antaranya adalah rasa takut dan bimbang kerana meninggalkan anak anda di tempat yang asing baginya serta rasa bersalah yang dialami kerana menghantar anak pada usia semuda itu ke taman asuhan atau tadika.
Tetapi kita perlu menjadi lebih praktikal dan mencari jalan untuk memudahkan anda dan juga si comel anda. Perkara berikut boleh membantu anda tetapi ingatlah tiada penyelesaian yang sempurna untuk situasi ini. Jadi lakukan yang terbaik dan yakinlah dengan diri bahawa semuanya akan berakhir dengan baik.
- Kunjungi taman asuhan atau tadika sebelum hari pertama untuk membiasakan anak anda dengan persekitaran dan juga untuk memerhatikan kelas yang sedang berjalan.
- Biarkan anak anda bermesra dengan rakan sebaya yang telah pun bermula agar mereka lebih gembira dan teruja.
- Lakukan aktiviti yang terdapat di sana seperti bermain permainan yang menyeronokkan, bertemu rakan baharu, belajar perkara baharu dan pelbagai aktiviti lain.
- Mulakan rutin di rumah yang dapat membantu anak anda menyesuaikan dirinya apabila mula ke tadika. Anda boleh bercerita tentang aktiviti seharian di tadika dan proses yang terlibat. Contohnya, lihat jadual harian, dari bangun tidur dan bersedia ke sekolah hinggalah mereka pulang dan tidur sekejap. Jangan lupa untuk mencuba dan memastikan anak anda boleh menggunakan bekas tandas kerana ini dapat membantunya berdikari (atau lebih matang) dan selesa.
- Banyak kebolehan lain yang sangat bermanfaat seperti belajar mengikat tali kasut sendiri, mengamalkan masa rehat dan makan tengah hari mengikut waktu tadika dan berkenalan sesama sendiri dengan mengamalkan kemahiran sosial terutamanya jika dia anak tunggal.
Perkara di atas adalah kemahiran asas dan banyak lagi yang terbukti bermanfaat kepada mereka. Pastikan anda menggalakkan anak anda bercerita dengan anda dan jangan berikan tekanan kepada mereka. Anda mungkin berasa sukar untuk melepaskan anak anda, anak anda juga sukar untuk melepaskan ibu mereka.
Penafian: Kandungan ini dikongsi sebagai bahan untuk maklumat sahaja dan bukan sebagai penggantian untuk nasihat pakar/perubatan, diagnosis atau rawatan. Anda dinasihati supaya sentiasa dapatkan nasihat profesional kesihatan untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan keadaan perubatan/situasi khusus.
Kongsikan
Recommended content

13 Fun and Effective Goal Setting Activities for Kids to Sharpen their Learning Abilities
Your child’s ability to set and achieve goals will determine their learning experience in school. Teaching your child effective goal setting activities will help them perform better amongst their peers because they are capable of prioritizing important tasks.

11 Unexpected Ways Your Child Learn from Being Outdoors
Outdoor learning can be simply defined as experiential learning in, for, or about the outdoors. The philosophies and theories about outdoor education tends to emphasize the effect of natural environments on human beings, the educative role of stress and challenge, and experiential learning.

The Importance of Quality Time in Parenting and How to Create it
Spending quality time with children can be essential to their emotional growth as it is also one of the five love languages. Creating a healthy and balanced emotional attachment with your child will determine how they are able to form relationships as an adult.

Pernah Dengar Tentang Sphingomyelin? Ianya Bagus Untuk Menyokong Perkembangan Minda Kanak-Kanak!
Kanak-kanak belajar dan berkembang pada kadar yang terpantas dalam beberapa tahun pertama mereka. Sebenarnya, kajian mengatakan bahawa lapan tahun pertama kehidupan seorang kanak-kanak mempunyai impak besar terhadap kesihatan, pembelajaran dan kejayaan hidupnya pada masa hadapan.1

Tip Untuk Ibu: Cara Membina Kemampuan Mental Kanak-Kanak
Adakah kepintaran diwarisi atau dikembangkan? Kajian neurosains baru-baru ini menunjukkan bahawa kebanyakan daripada kita dilahirkan berpotensi untuk mencapai kemampuan kognitif yang hebat. Genetik memang memainkan peranan, namun sebenarnya persekitaran yang lebih mempengaruhi perkembangan intelektual kanak-kanak.