Bersedia untuk ke Taman Asuhan atau Tadika

Bersedia untuk ke Taman Asuhan atau Tadika

Kita perlu menjadi lebih praktikal dan mencari jalan untuk memudahkan anda dan juga si comel anda. Ketahui bagaimana untuk atasinya di dalam artikel ini.

headphones

PLAYING: Getting Ready for Nursery or Kindie

3 min read

Rasa takut dan bimbang kerana menghantar anak anda ke taman asuhan atau tadika.

Membuat Persediaan untuk Anak anda ke Taman Asuhan atau Tadika

Bagi sesetengah individu, pengalaman ini sangat mendebarkan. Banyak sebab yang menjadi puncanya. Antaranya adalah rasa takut dan bimbang kerana meninggalkan anak anda di tempat yang asing baginya serta rasa bersalah yang dialami kerana menghantar anak pada usia semuda itu ke taman asuhan atau tadika.

Tetapi kita perlu menjadi lebih praktikal dan mencari jalan untuk memudahkan anda dan juga si comel anda. Perkara berikut boleh membantu anda tetapi ingatlah tiada penyelesaian yang sempurna untuk situasi ini. Jadi lakukan yang terbaik dan yakinlah dengan diri bahawa semuanya akan berakhir dengan baik.

  • Kunjungi taman asuhan atau tadika sebelum hari pertama untuk membiasakan anak anda dengan persekitaran dan juga untuk memerhatikan kelas yang sedang berjalan.
  • Biarkan anak anda bermesra dengan rakan sebaya yang telah pun bermula agar mereka lebih gembira dan teruja.
  • Lakukan aktiviti yang terdapat di sana seperti bermain permainan yang menyeronokkan, bertemu rakan baharu, belajar perkara baharu dan pelbagai aktiviti lain.
  • Mulakan rutin di rumah yang dapat membantu anak anda menyesuaikan dirinya apabila mula ke tadika. Anda boleh bercerita tentang aktiviti seharian di tadika dan proses yang terlibat. Contohnya, lihat jadual harian, dari bangun tidur dan bersedia ke sekolah hinggalah mereka pulang dan tidur sekejap. Jangan lupa untuk mencuba dan memastikan anak anda boleh menggunakan bekas tandas kerana ini dapat membantunya berdikari (atau lebih matang) dan selesa.
  • Banyak kebolehan lain yang sangat bermanfaat seperti belajar mengikat tali kasut sendiri, mengamalkan masa rehat dan makan tengah hari mengikut waktu tadika dan berkenalan sesama sendiri dengan mengamalkan kemahiran sosial terutamanya jika dia anak tunggal.

Perkara di atas adalah kemahiran asas dan banyak lagi yang terbukti bermanfaat kepada mereka. Pastikan anda menggalakkan anak anda bercerita dengan anda dan jangan berikan tekanan kepada mereka. Anda mungkin berasa sukar untuk melepaskan anak anda, anak anda juga sukar untuk melepaskan ibu mereka.

 

Penafian: Kandungan ini dikongsi sebagai bahan untuk maklumat sahaja dan bukan sebagai penggantian untuk nasihat pakar/perubatan, diagnosis atau rawatan. Anda dinasihati supaya sentiasa dapatkan nasihat profesional kesihatan untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan keadaan perubatan/situasi khusus.

Kandungan yang disyorkan

Feeding & Nutrition

Pemakanan yang Baik Menyokong Pembelajaran yang Lebih Baik: Tip Membantu Kanak-kanak Makan Dengan Baik.

Eating well has a lot to do with children’s learning potential. Do you have little picky eaters?

Bila Si Kecil Mula Bertanya: Bunga dan Burung

Bila Si Kecil Mula Bertanya: Bunga dan Burung

Selain daripada "Bagaimana" dan "Bila", persoalan yang selalu menjadikan para ibu bapa tidak bersedia adalah "'Baby' datang dari mana". Ketahui beberapa cara untuk menerangkannya dalam artikel ini.

Mengapa Waktu Tidur Satu Waktu Yang Sukar?

Mengapa Waktu Tidur Satu Waktu Yang Sukar?

Mencari jalan untuk mengakhiri perang waktu tidur? Baca artikel ini dan ketahui beberapa petua yang mungkin boleh membuatkan si kecil anda tidur tanpa banyak kerenah.

Persaingan adik-beradik

Persaingan adik-beradik

Konflik adik-beradik tidak dapat dielakkan dan merupakan perkara yang normal. Sudah pasti ibu bapa mengimpikan hubungan baik antara mereka. Pelajari bagaimana untuk menanganinya dalam artikel ini.