Family high five

Sifat semula jadi dan Persekitaran: Mengapa ia penting dalam membesarkan anak yang luar biasa?

Membuka Peluang: Hubungan yang Dinamik di antara Sifat Semula jadi dan Persekitaran supaya Membesar Menjadi Anak yang Luar Biasa

headphones

PLAYING: Nature and Nurture: Why both are important in raising an exceptional child

6 min read

Mengapa sifat semula jadi dan persekitaran penting dalam membesarkan Si Manja yang luar biasa.

 

Berapa banyak personaliti dan tingkah laku Si Manja yang berkait, dan berapa banyakkah yang anda boleh ubah? Soalan ini merupakan perkara utama dalam perbincangan “sifat semula jadi dan persekitaran” yang anda pastinya pernah dengar sepanjang bergelar ibu bapa. Jadi, apakah perkara yang membentuk anak yang luar biasa? Jawapannya mungkin memeranjatkan anda.

 

Pertama, kita lihat makna di sebalik “semula jadi” dan “sekeliling”. “Semula jadi” ialah genetik dan fungsi otak Si Manja, seperti warna mata dan ketinggiannya. Ianya juga menentukan jika Si Manja seorang yang periang atau mudah marah. Secara ringkasnya, “sifat semula jadi” bermaksud “mereka dilahirkan begini”.

 

Manakala “persekitaran” pula berkait dengan sekeliling dan bagaimana mereka dibesarkan seperti jenis didikan oleh ibu bapa, interaksi yang diberikan sepanjang mereka membesar dan budaya yang didedahkan kepada mereka. “Persekitaran” juga bermaksud kawan-kawan Si Manja.

 

Saintis, guru dan ahli psikologi telah mempunyai pelbagai perbincangan mengenai ini: Sifat Semula Jadi atau Persekitaran? Ada yang percaya bahawa jika kanak-kanak mempunyai Sifat Semula Jadi yang tidak bernasib baik, Sekeliling tidak mampu untuk mengubahnya. Ada yang berpendapat bahawa sekolah yang baik, keluarga yang penyayang dan kawan-kawan yang prihatin tidak boleh mengubah manusia yang mempunyai tingkah laku sosial yang buruk – mereka telah ditakdirkan begitu. Sama seperti orang yang sentiasa positif, jika mereka dilanda musibah, mereka pastinya akan tetap tersenyum.

 

Namun begitu, ada yang berpendapat bahawa Sekeliling boleh mengubah Si Manja walaupun genetik tidak menyebelahi mereka. Ramai yang mempertikaikan kanak-kanak yang didera ibu bapa (yang berpotensi membawa genetik “mendera” juga) yang dibesarkan dengan keluarga yang penyanyang dan prihatin akan berjaya dalam hidup akhirnya. Ada juga yang membesar di dalam keluarga yang prihatin tetapi tersalah dalam memilih kawan, akhirnya mendapat masa depan yang gelap.

 

Jadi persoalannya, yang mana satukah akan membentuk Si Manja?

 

Mencari titik seimbang di antara Sifat Semula Jadi dan Persekitaran

 

Percaya atau tidak, kedua-dua Sifat Semula Jadi dan Persekitaran adalah penting dalam membesarkan Si Manja secara optimum. Ahli Psikologi daripada Amerika, Jerome Kagan berkata, “Sifat Semula Jadi dan Persekitaran perlu bekerjasama dalam menghasilkan personaliti, seperti cuaca yang lembap dan cuaca yang sejuk membentuk salji”. Kedua-duanya perlu bergerak seiring dan sebagai ibu bapa, kita bertanggungjawab untuk mengimbangkan keduanya bagi memastikan Si Manja dapat membesar menjadi anak yang luar biasa.

 

Genetik mungkin berperanan terhadap warna rambut dan tingkah laku Si Manja, namun pengalaman dalam persekitaran dengan penjaga yang sentiasa menyokong dan responsif yang membentuk anak anda untuk merealisasikan potensi genetik sepenuhnya. Sebenarnya, Hubungan yang erat di antara Si Manja dan penjaga boleh mempengaruhi tingkah laku sosial mereka.

Kids cycling

 

Pada tahun 1999, Nathan Fox, seorang penyelidik, telah mengunjungi sebuah rumah anak yatim Romania dan menemui kanak-kanak yang berada di dalam buaian berkelakuan senyap dan tenang iaitu sangat berlawanan dengan jangkaannya apabila berjumpa dengan kanak-kanak yang terbiar. Beliau kemudian mendapati bahawa tingkah laku tersebut berlaku kerana kanak-kanak menyedari bahawa tiada sesiapa yang akan datang membantu mereka walaupun mereka menangis. Pengalaman ini mewujudkan Projek Intervensi Awal Bucharest, di mana penyelidik-penyelidik mengkaji kanak-kanak yang diambil sebagai anak angkat dan kanak-kanak yang ditinggalkan di rumah anak yatim. Penemuan mereka amat mengejutkan: kanak-kanak yang tidak diasuh di dalam keluarga mempunyai kesan yang jelas terhadap ‘white matter’ mereka iaitu saraf yang penting untuk kognisi otak mereka. Untuk kanak-kanak yang telah dijadikan anak angkat pula, mereka mempunyai ‘white matter’ yang sama seperti kanak-kanak yang dibesarkan dengan keluarga kandung. Oleh itu, jelaslah bahawa pengabaian (Sekeliling) dapat memberi kesan buruk terhadap perkembangan otak kanak-kanak (Semula jadi). Kasih sayang dan sokongan (Sekeliling) dapat mempengaruhi perkembangan otak kanak-kanak secara positif.

 

Jelaslah bahawa untuk membantu Si Manja mencapai keupayaan mereka sepenuhnya, sangat penting untuk anda membekalkan sekeliling yang akan membentuk sifat luar biasa dalam diri mereka.

 

Berikan mereka kasih sayang, sokongan dan peluang untuk menjadi seorang yang cemerlang, tanpa menghiraukan tingkah lakunya. Setiap kanak-kanak mempunyai bakat masing-masing. Apabila anda memupuknya, keupayaan yang mungkin ditentukan secara genetik akan dikenal pasti dan dipupuk. Pada masa yang sama, tingkatkan kesihatan badan dan minda Si Manja dengan memberikan diet yang seimbang. Dengan berbuat demikian, anda akan membesarkan anak yang berkeyakinan, pintar dan mempunyai rasa empati, dengan bakat yang bersinar sebagai seorang pemimpin. Si Manja akan membesar menjadi seorang yang luar biasa yang dibekalkan dengan kemahiran yang diperlukan untuk berjaya di dalam hidup pada masa kini dan hadapan.