Terma dan Syarat

Terima kasih kerana melayari laman web ini. Sila baca Terma dan Syarat yang terkandung dalam dokumen ini dengan teliti kerana sebarang penggunaan laman web ini merupakan penerimaan anda terhadap Terma dan Syarat yang dinyatakan di sini.

Di dalam keseluruhan laman web ini, terma 'kami', Nestlé dan 'Kumpulan Nestlé' merujuk kepada Wyeth Nutrition (Malaysia) Sdn. Bhd., yang berkaitan dan/atau mana-mana syarikat gabungannya yang sesuai dengan konteksnya. "Anda" merujuk kepada mana-mana orang yang mengakses dan/atau menggunakan laman web ini.

 

Dasar Privasi Laman Web

Sebarang maklumat peribadi atau bahan yang dihantar kepada Kumpulan Nestlé adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang dinyatakan dalam Notis Privasi yang terdapat di sini.

 

Ketepatan, kesempurnaan dan kekinian masa maklumat

Kami tidak bertanggungjawab jika maklumat yang kami sediakan di laman web ini tidak tepat atau lengkap. Sebarang pergantungan kepada bahan di laman web ini adalah atas risiko anda sendiri. Anda bersetuju bahawa adalah tanggungjawab anda untuk memantau sebarang perubahan pada bahan dan maklumat yang terkandung di laman web ini.

 

Penghantaran

Sebarang komunikasi atau bahan bukan peribadi yang anda hantar ke laman web ini melalui mel elektronik atau sebaliknya, termasuk apa-apa data, soalan, komen, cadangan atau seumpamanya, dan akan dianggap sebagai, bukan sulit. Apa-apa sahaja yang anda hantar atau siarkan menjadi hak milik Kumpulan Nestlé dan boleh digunakan tanpa sebarang sekatan untuk sebarang tujuan, termasuk tetapi tidak terhad kepada, penghasilan semula, pendedahan, penghantaran, penerbitan dan penyiaran. Selain itu, Kumpulan Nestlé bebas untuk menggunakan bagi apa jua tujuan (termasuk tetapi tidak terhad kepada pembangunan, pembuatan, pengiklanan dan pemasaran produk) sebarang kenyataan, idea, karya seni, ciptaan, perkembangan, cadangan atau konsep atau seumpamanya yang terkandung dalam sebarang komunikasi yang anda hantar ke laman web ini. Sebarang penggunaan sedemikian adalah tanpa pampasan kepada pihak yang mengemukakan maklumat. Dengan menyerahkan maklumat, anda juga menjamin bahawa anda memiliki bahan/kandungan yang diserahkan, bahawa ia tidak memfitnah dan penggunaan Kumpulan Nestlé tidak akan melanggar hak mana-mana pihak ketiga. Walau bagaimanapun, Kumpulan Nestlé tidak bertanggungjawab untuk menggunakan maklumat yang dikemukakan.

 

Hak harta intelek

Semua hak cipta dan hak harta intelek lain dalam semua teks, imej dan bahan lain di laman web ini adalah hak milik Kumpulan Nestlé Group atau disertakan dengan kebenaran pemilik yang berkaitan.

Anda dibenarkan untuk melayari laman web ini, menghasilkan semula ekstrak dengan cara mencetak, memuat turun ke cakera keras atau untuk tujuan pengedaran kepada individu lain. Ini hanya perlu dilakukan pada proviso bahawa anda mematuhi semua hak cipta dan notis proprietari lain dan notis tanda dagangan di bawah muncul pada penghasilan semula tersebut. Tiada penghasilan semula mana-mana bahagian laman web ini boleh dijual atau diedarkan untuk pendapatan/keuntungan komersial dan juga tidak akan diubah suai atau dimasukkan ke dalam apa-apa kerja, penerbitan atau laman web lain.

Tanda dagangan, logo, aksara dan tanda perkhidmatan (secara kolektif 'Tanda Dagangan') yang dipaparkan di laman web ini dimiliki atau dilesenkan secara eksklusif kepada Kumpulan Nestlé. Tiada apa-apa yang terkandung di laman web ini boleh ditafsirkan sebagai memberikan sebarang lesen atau hak untuk menggunakan Tanda Dagangan yang dipaparkan di laman web ini. Penggunaan/penyalahgunaan Tanda Dagangan yang dipaparkan di laman web ini, atau pada kandungan lain di laman web ini, kecuali seperti yang diperuntukkan dalam Terma dan Syarat ini, adalah dilarang sama sekali. Anda juga dinasihatkan bahawa Kumpulan Nestlé akan menguatkuasakan hak harta inteleknya secara berperingkat sehingga ke tahap undang-undang sepenuhnya termasuk pendakwaan jenayah atas kesalahan serius.

 

Pautan ke laman web lain

Pautan di laman web Kumpulan Nestlé Group mungkin membawa anda keluar dari rangkaian Kumpulan Nestlé dan Kumpulan Nestlé tidak bertanggungjawab terhadap kandungan, ketepatan atau fungsi laman web lain ini. Pautan disediakan dengan penuh percaya dan Kumpulan Nestlé tidak boleh dipertanggungjawabkan atas sebarang perubahan seterusnya dalam laman web lain yang kami sediakan pautan. Kemasukan mana-mana pautan ke laman web lain tidak membayangkan pengesahan oleh Kumpulan Nestlé. Kami amat mengesyorkan agar anda mermahami dan membaca dengan teliti notis undang-undang dan privasi semua laman web lain yang anda layari.

 

Pautan ke laman web lain

Pautan di laman web Kumpulan Nestlé Group mungkin membawa anda keluar dari rangkaian dan sistem Kumpulan Nestlé dan Kumpulan Nestlé tidak bertanggungjawab terhadap kandungan, ketepatan atau fungsi laman web lain ini. Pautan disediakan dengan penuh percaya dan Kumpulan Nestlé tidak boleh dipertanggungjawabkan atas sebarang perubahan seterusnya dalam laman web lain yang kami sediakan pautan. Kemasukan mana-mana pautan ke laman web lain tidak membayangkan pengesahan oleh Kumpulan Nestlé. Kami amatmengesyorkan agar anda mermahami dan membaca dengan teliti notis undang-undang dan privasi semua laman web lain yang anda layari.

 

Jaminan dan Penafian

Penggunaan laman web ini oleh anda adalah semata-mata atas risiko anda sendiri.

 

Jaminan

Laman web ini disediakan kepada anda atas dasar 'Seadanya' dan 'Sebagaimana Tersedia' dan, natijahnya, Kumpulan Nestlé tidak memberikan sebarang jaminan, sama ada secara tersurat, tersirat, berkanun atau sebaliknya (termasuk jaminan tersirat kebolehdagangan dan kesesuaian untuk tujuan tertentu) termasuk jaminan atau representasi bahawa bahan di laman web ini akan lengkap, tepat, boleh dipercayai, tepat pada masanya, tidak melanggar kepada pihak ketiga; bahawa akses ke laman web ini tidak akan terganggu atau bebas ralat; bahawa laman web ini akan selamat, bahawa sebarang nasihat atau pendapat yang diperoleh daripada Kumpulan Nestlé melalui laman web ini adalah tepat atau dipercayai dan sebarang representasi atau jaminannya ditolak dengan sewajarnya. Kami berhak untuk menyekat atau menamatkan akses anda ke laman web ini atau mana-mana ciri laman web ini atau mana-mana ciri atau bahagiannya pada bila-bila masa.

 

Liabiliti

Kumpulan Nestlé atau mana-mana pihak lain yang terlibat dalam mewujudkan, menghasilkan atau menyampaikan laman web ini bagi pihak kami tidak akan mempunyai liabiliti atau apa-apa tanggungjawab untuk apa-apa ganti rugi langsung, sampingan, berbangkit, tidak langsung atau punitif, kos, kerugian atau liabiliti walau apa pun dan walau apa pun yang timbul daripada akses anda kepada, penggunaan, ketidakupayaan untuk menggunakan, perubahan kandungan laman web ini atau yang timbul daripada mana-mana laman web lain yang anda akses melalui pautan dari laman web ini atau dari apa-apa tindakan yang kami ambil atau tidak boleh diambil akibat daripada sebarang mesej mel elektronik yang anda hantar kepada kami.

Kumpulan Nestlé atau mana-mana pihak lain yang terlibat dalam mencipta, menghasilkan atau menyampaikan laman web ini tidak bertanggungjawab untuk mengekalkan bahan dan perkhidmatan yang disediakan di laman web ini atau untuk membekalkan sebarang pembetulan, kemas kini atau siaran yang berkaitan dengannya. Sebarang bahan di laman web ini tertakluk kepada perubahan tanpa notis.

Selanjutnya, Kumpulan Nestlé tidak mempunyai liabiliti atau apa-apa tanggungjawab untuk apa-apa kerugian atau kerosakan yang dialami atau disebabkan oleh virus yang boleh menjangkiti peralatan komputer anda atau harta lain atas sebab penggunaan, akses atau muat turun sebarang bahan dari laman web ini. Jika anda memilih untuk memuat turun bahan dari laman web ini, anda berbuat demikian atas risiko anda sendiri.

 

Aktiviti yang Dilarang

Anda dilarang melakukan apa-apa tindakan yang Kumpulan Nestlé mengikut budi bicara munasabahnya boleh dianggap tidak sesuai dan/atau dianggap sebagai tindakan yang menyalahi undang-undang atau dilarang oleh mana-mana undang-undang yang terpakai kepada laman web ini termasuk tetapi tidak terhad kepada:

  • Apa-apa tindakan yang akan menjadi pelanggaran sama ada privasi (termasuk memuat naik maklumat peribadi tanpa persetujuan individu berkenaan) atau mana-mana hak undang-undang individu lain;
  • Menggunakan laman web ini untuk memfitnah Kumpulan Nestlé, pekerjanya atau individu lain atau bertindak sedemikian rupa sehingga menimbulkan pertikaian nama baik Kumpulan Nestlé; dan
  • Memuat naik fail yang mengandungi virus yang boleh menyebabkan kerosakan kepada harta benda Kumpulan Nestlé atau harta individu lain.

 

Bidang kuasa dan undang-undang yang mentadbir

Produk, bahan, tawaran dan maklumat Kumpulan Nestlé yang terdapat di laman web ini adalah bertujuan untuk pengguna dan/atau pelanggan Malaysia sahaja. Kumpulan Nestlé tidak membuat sebarang representasi bahawa produk dan bahan serta maklumat laman web ini adalah sesuai atau boleh didapati di lokasi selain Malaysia. Sila hubungi pengedar tempatan kami untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ketersediaan produk di negara anda. Produk yang terdapat dalam laman web ini hanyalah representasi visual dan oleh itu tidak dalam saiz sebenar, warna pembungkusannya dan lain-lain.

Anda dan Kumpulan Nestlé bersetuju bahawa sebarang kontroversi atau tuntutan yang timbul daripada atau berkaitan dengan penggunaan laman web ini akan ditadbir oleh undang-undang Malaysia dan diserahkan kepada bidang kuasa eksklusif mahkamah Malaysia.

 

Cookies

Kumpulan Nestlé menggunakan teknologi penjejakan ("cookies"). Dasar Kumpulan Nestlé mengenai penggunaan cookies dinyatakan dalam dasar privasi dan maklumat peribadi Kumpulan Nestlé yang terletak di sini.

 

Kemas kini notis undang-undang

Kami berhak untuk membuat sebarang perubahan dan pembetulan kepada notis ini. Sila rujuk halaman ini dari semasa ke semasa untuk menyemaknya dan sebarang maklumat tambahan baharu.