Demi Kerana Cinta

Demi Kerana Cinta

Dalam mengajar anak-anak, niat perlu diperbetulkan dari awal. Pelajari cara untuk mendidik mereka dalam artikel ini.

headphones

PLAYING: Power of Words: Use a Proper Language with Your Family

9 min read

Sebagai ibu bapa, berapa lamakah anda mampu bersabar dalam mengajar anak-anak? Contohnya, mengajar matematik, membaca al-Quran, dan sebagainya. Berapa lamakah anda mampu bersabar sebelum kita hilang kawalan sebelum anda meninggikan suara, menjerit-jerit, dan sebagainya? Tahniah jika anda seorang ibu bapa yang penyabar! Malangnya, tidak ramai yang mampu melakukannya terutamanya jika anak-anak tidak menunjukkan respon yang baik. Ramai yang akan hilang kawalan hanya setelah dua tiga kali “dikecewakan” oleh perangai anak-anak.

Time bomb

Namun, adakah kita akan mengalah dengan sebegitu mudah? Mampukan kita mencari sebuah formula yang boleh menerapkan bibit-bibit kesabaran yang tebal dalam diri kita? Tidakkah anda menginginkan sebuah rumah yang harmoni dan tenteram tanpa perlu menjerit-jerit seperti seorang yang hilang kawalan. Jika anda menjawab “Ya!” kepada soalan-soalan tadi, anda telah tiba ke tempat yang betul. Saya ingin berkongsikan satu rahsia bagaimana ibu bapa sekalian boleh meningkatkan kesabaran kepada tahap yang paling maksimum dalam mendidik anak-anak.

Rahsianya ialah dengan melakukannya demi kerana cinta. Sebenarnya, kita mudah hilang kesabaran apabila kita membuat kayu ukuran dengan sesuatu benda yang di luar kawalan kita. Contohnya, apabila kita terlalu mengharapkan anak-anak untuk sentiasa mendapat A dalam setiap matapelajaran. Apabila anak-anak tidak memahami sesuatu perkara yang diajar kepada meraka, mungkin pada awalnya kita masih dapat megawal kesabaran. Namun, apabila mereka masih gagal memahaminya setelah beberapa kali anda mengulangkan perkara yang sama, akan timbullah sebuah perasaan geram. Justeru, suara akan ditinggikan, tekanan darah akan meningkat dan kemungkinan besar tangan juga akan dinaikkan. Kes ini hendaklah dielakkan daripada berlaku kepada anak-anak kita.

Jadi bagaimanakah kita dapat mengawal perkara-perkara tersebut dari berlaku? Saya mencadangkan apabila kita ingin mendidik anak-anak, ibu bapa perlu memperbetulkan niat tatkala mengajar anak-anak mereka. Niat yang betul ialah dengan mengamalkan konsep melakukan sesuatu demi cinta.

Demi cinta

Ini bermakna apabila kita mengajar mereka, ianya bukan kerana A, tetapi kerana kita sayangkan mereka. Kita ingin menggunakan peluang mengajar tersebut sebagai salah-satu cara meluahkan kasih-sayang kita terhadap mereka. Apabila ini diamalkan, kita akan merasa satu kelainan dalam diri. Sebelum ini, kita akan mudah geram apabila anak-anak susah untuk memahami sesuatu subjek. Kita seolah-olah merasakan anak kita tidak mempunyai harapan untuk cemerlang, lalu timbullah perasaan kecewa, geram dan pelbagai elemen negative dalam jiwa. Ketika inilah kesabaran semakin menipis dan kawalan diri semakin hilang. Lantas, tercetuslah sebuah “peperangan” dengan anak-anak.

Sebaliknya, jika niat mengajar anak-anak diperbetulkan dari awal, akan timbul perasaan belas kasihan apabila mereka tidak mampu memahami sesuatu subjek. Kita akan merasa risau akan masa hadapan mereka. Jika tadi kita mengajar sambil berdiri, kita akan menarik kerusi untuk duduk di sebelah mereka sambil terus menujuk ajar. Jika mereka masih tidak faham, kita akan mula lupa akan perkara-perkara lain seperti kerja, rakan-rakan, gajet dan hiburan. Semua itu menjadi tidak penting jika dibandingkan dengan tekad kita untuk membantu anak-anak menjadi lebih cemerlang. Kita juga mungkin akan timbul perasaan kesal kerana tidak meluangkan lebih masa dengan mereka.

Bak kata pepatah Melayu, masa itu emas. Namun persoalannya, apakah nilainya masa bersama keluarga berbanding dengan masa bekerja mencari rezeki? Adakah ia sesuatu yang tidak berbaloi? Di tempat kerja, masa banyak dihabiskan untuk menghadiri mesyuarat yang bertindan-tindan, atau dalam terkejar-kejar untuk menyiapkan laporan dan juga kesibukan melayan karenah pelanggan. Pendek kata, keadaan di pejabat sentiasa penuh dengan keadaan tergesa-gesa dan masa bergerak terlalu pantas.

Anak Kita Sahaja

Sebaik pulang ke rumah pula, kita akan mula bergegas untuk menghantar anak-anak ke kelas tambahan, kemudian terpaksa melakukan kerja-kerja rumah lagi. Adalah amat menakjubkan bagaimana kita berjaya menguruskan masa untuk melakukan kerja-kerja ini semua dalam masa yang terhad. Walau bagaimanapun, pencapaian ini dibayar dengan harga yang amat tinggi – ia mencuri masa yang sepatutnya diluangkan bersama orang-orang tersayang dan perkara-perkara yang paling penting dalam hidup kita.

Dengan kemunculan teknologi moden, banyak kerja-kerja yang telah dipermudahkan dengan terciptanya pelbagai peralatan automatik. Ia telah mengambilalih tugasan-tugasan yang membosankan supaya kita mempunyai lebih banyak masa untuk menikmati kehidupan ini. Namun malangnya, bukan semua peralatan moden ini memudahkan hidup kita. Dengan adanya komputer riba, Ketua Jabatan mengharapkan kita untuk memeriksa kemajuan kerja pada hujung minggu ataupun semasa bercuti. Dengan adanya telefon pintar, kita terpaksa melayan panggilan dari pelanggan atau rakan rakan sekerja walaupun kita sedang bersantai bersama keluarga.

Teknologi-teknologi ini sebenarnya telah mendatangkan kesan yang sebaliknya, iaitu lebih banyak masa diluangkan untuk bekerja dan bukannya untuk keluarga! Akhirnya, terdapat ibu bapa yang telah mencari jalan singkat untuk menebus kekurangan masa itu dengan membelanjakan wang ke atas anak-anak mereka, dengan harapan mereka akan leka dengan segala gajet-gajet itu dan tidak kisah akan ketiadaan masa untuk bemesra bersama keluarga. Ada juga terdapat ibu bapa yang sanggup berhabisan untuk anak-anak dan sanggup memberi wang saku yang berlebihan semata-mata untuk menutup rasa bersalah tidak dapat meluangkan masa bersama-sama.

Sekali pandang, proses ini kelihatan sebagai satu “urusniaga“ yang adil, tetapi kita tidak boleh menjadikan keluarga sebagai barang perniagaan. Ini kerana ia melibatkan satu unsur yang unik iaitu emosi. Dalam proses pembesaran mereka, anak-anak memerlukan banyak bimbingan, kasih sayang dan perhatian. Apabila ibu bapa tidak berada di sana, sudah tentu kekosongan itu akan diisi dengan berbagai cara. Mereka akan beralih kepada ahli keluarga yang lain, rakan-rakan rapat atau lebih teruk lagi, kepada pembantu rumah!

Demi cinta

Akhir kata, sememangnya semua ibu bapa inginkan anak-anak mereka mendapat keputusan yang cemerlang dalam pembelajaran mereka. Namun begitu, ibu bapa perlu sedar bahawa terdapat kemungkinan pelajar lain yang lebih mahir dalam sesuatu pelajaran ataupun anak-anak mereka kurang bermotivasi untuk belajar. Oleh itu, ajarlah mereka kerana sayangkan kepada mereka, bukannya kerana inginkan mereka mendapat A semata-mata.

Cuba bayangkan bagaimana seorang guru perlu mengajar dan mengawal sehingga 40 orang murid dalam satu masa, sedangkan di rumah kita hanya perlu fokus kepada anak kita sahaja. Adakah patut kita hilang kesabaran dengan begitu mudah? Jadi, didiklah anak-anak demi cinta. Justeru, hilanglah perasaan geram di dalam jiwa kita dan timbullah perasaan kasihan. Seandainya sebelum ini jika tiga kali kita mengajar dan anak-anak yang menangis, sekarang pula apabila tiga kali diajar dengan niat kerana cinta dan anak-anak masih tidak memahaminya, ibu bapalah pula yang akan menangis. Ibu bapa akan sedar dan terfikir “Mengapalah aku tidak meluangkan lebih masa dengan anak-anak sebelum ini?” Jika kesabaran itu telah ditemui, itulah sebuah nikmat dan magiknya menjadi seorang ibu bapa. Jom kita amalkan!

Sementara itu, marilah kita bersyukur dengan keluarga kita:

Biar gaji tak naik, asalkan dah buat yang terbaik
Biar kerja teruk, asalkan peribadi tak buruk

 

Penafian: Kandungan ini dikongsi sebagai bahan untuk maklumat sahaja dan bukan sebagai penggantian untuk nasihat pakar/perubatan, diagnosis atau rawatan. Anda dinasihati supaya sentiasa dapatkan nasihat profesional kesihatan untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan keadaan perubatan/situasi khusus.

 

Rujukan:

Zaid Mohamad ialah seorang Jurulatih Ibu Bapa Bertauliah oleh Coach-Parenting USA. Beliau ialah pengarang buku terlaris berjudul Ibu Bapa Bijak Anak Hebat dan Ibu Bapa Bijak Anak Mewah, kolumnis dan personaliti radio & TV.

 

Kandungan yang disyorkan

webbanner

Melengkapkan Anak-anak Anda Dengan Kemahiran Hidup Sebenar Di Rumah

Rumah adalah tempat segalanya ia bermula – aktiviti yang seronok, meluangkan masa bersama dan menyemai semangat yang hebat kepada Si Manja.

web

Motivasikan Pembelajaran Si Manja Melalui Permainan

Lebih banyak bermain, lebih banyak kenangan bersama Si Manja dan mereka akan menghargainya.

work-from-home-with-a-young-child-survival-guide

Tip Bekerja Dari Rumah

Bagaimana anda perlu menyelesaikan semua perkara dengan Si Manja yang sentiasa memerlukan perhatian?

the-importance-of-quality-time-in-parenting-and-how-to-create-it

Cara Untuk Membina Masa Berkualiti Sebagai Ibu Bapa dan Kepentingannya

Meluangkan masa bersama Si Manja adalah penting untuk perkembangan emosinya kerana ia merupakan salah satu daripada lima bahasa cinta. Membina emosi yang sihat dan seimbang dengan Si Manja dapat menjamin keupayaan mereka untuk membentuk hubungan ketika dewasa nanti.

11-unexpected-ways-your-child-learn-from-being-outdoors

11 Pembelajaran Tidak Dijangka Buat Si Manja yang Suka Bermain di Luar Rumah

Pendedahan di luar rumah boleh didefinisikan sebagai pembelajaran melalui pengalaman di luar. Falsafah dan teori mengenai pembelajaran di luar rumah menekankan tentang kesan alam semula jadi terhadap manusia, pendidikan tentang tekanan dan cabaran serta pengalaman melalui pembelajaran.

13-fun-and-effective-goal-setting-activities-for-kids-to-sharpen-their-learning-abilities

13 Aktiviti Mencapai Matlamat Yang Menarik dan Berkesan Untuk Menajamkan Kemahiran Pembelajaran Si Manja

Keupayaan Si Manja untuk menetapkan dan mencapai matlamat mereka akan menentukan pengalaman pembelajaran mereka di sekolah. Mengajar Si Manja aktiviti mencapai matlamat yang berkesan akan membantu mereka untuk meningkatkan prestasi dengan lebih baik berbanding rakan sebaya yang lain kerana mereka berupaya untuk mengutamakan tugas yang penting.

Mother with kids

Apa itu minda keusahawanan? Dan mengapa anda perlu memupuknya pada anak anda?

Membuka Minda Keusahawanan: Memperkasakan Potensi Anak Anda untuk Berjaya! Ketahui kuasa transformatif minda keusahawanan dan mengapa ia adalah kemahiran penting untuk diterapkan pada anak anda.