Balancing Rewards and Punishment

Disiplin Semudah ABCD

Balancing Rewards and Punishment

Keibubapaan
Artikel
Jul 24, 2020

Ramai orang bertanya bagaimana hendak mendidik anak-anak dengan mengunakan hukuman dalam bentuk yang seimbang serta memberikan ganjaran kepada mereka. Baca artikel ini untuk ketahu lebih lanjut.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Ramai orang bertanya bagaimana hendak mendidik anak-anak dengan mengunakan hukuman dalam bentuk yang seimbang serta memberikan ganjaran kepada mereka. Hukuman dan ganjaran yang diberikan kepada anak-anak perlu seimbang tanpa melebihkan mana-mana pihak semata-mata. Saya ingin berkongsikan satu formula yang saya namakan ‘Disiplin Semudah ABCD’.

Pertama sekali, bagaikan negara yang memerlukan sebuah parlimen, kita perlu duduk bersama ahli keluarga untuk berbincang, berbahas, dan bersetuju dengan perkara tertentu sehingga dapat menggubal rang undang-undang di rumah. Seterusnya, apakah itu ABCD?

Awesome

A = AWESOME

A ialah untuk “awesome” iaitu bagi tingkah laku yang baik dan layak diberikan anugerah. Tetapkan bersama anak-anak 5 hingga 10 perkara yang awesome jika mereka lakukan seperti membantu ibu dan ayah, melakukan kerja rumah tanpa disuruh, dan sebagainya. Apabila mereka lalukan perkara-perkara ini, ibu bapa perlu cepat memberikan mereka anugerah yang sesuai; bincangkan bersama mereka apa yang mereka mahu.

Bising

B = BELOW EXPECTATION

Seterusnya, B pula untuk “below expectation” iaitu di bawah jangkaan. Langkah yang sama perlu diambil iaitu menyenaraikan perkara-perkara yang di bawah jangkaan seperti menyepahkan rumah, tidak melakukan kerja rumah dengan betul ataupun memulakan pergaduhan antara adik-beradik, dan sebagainya. Hukuman bagi kategori ini ialah ibu bapa akan bising. Sudah tentu anak-anak tidak suka apabila ibu bapa berleter jadi pastikan mereka bersetuju untuk tidak melakukan perkara-perkara ini.

Critical

C = CRITICAL

Konsep yang sama juga boleh diaplikasikan kepada C dan D. C ialah untuk yang lebih “critical” dan ini merupakan perangai yang teruk seperti tidak melakukan atau menyorokkan kerja rumah, memukul adik, dan sebagainya. Kita perlu memberi hukuman C iaitu cantas waktu penggunaan komputer, telefon, televisyen mereka dan In syaa Allah mereka akan sedar dengan kesilapan mereka.

Dahsyat

D = DAHSYAT

D pula ialah yang paling dahsyat; iaitu apabila mereka melakukan perkara-perkara seperti bercakap bohong, meninggalkan solat dan sebagainya, maka kita sebagai ibu bapa perlu dapatkan persetujuan daripada anak-anak untuk memberi hukuman yang paling dahsyat juga iaitu rotan. Sekiranya kita mengamalkan cara disiplin ini, in syaa Allah, keluarga kita akan menjadi seimbang antara hukuman dan ganjaran.

Di samping itu, anda juga boleh mencuba beberapa tips berikut:

Jika hukuman perlu dilakukan, berikut ialah bentuj-bentuk hukuman yang sesuai dengan umur mereka. Namun, perlu diingatkan bahawa tujuannya ialah lebih kepada memberi tunjuk ajar.

“Time Out”: iaitu menyuruh mereka berhenti segala aktiviti dan duduk di suatu sudut yang disediakan khas untuk tujuan ini.  Selepas beberapa minit, pinta mereka ceritakan apakah kesalahan mereka dan biarkan mereka membela diri. Berikan tunjuk ajar sepenuh kasih-sayang agar mereka nampak bahawa perbuatan mereka tadi adalah satu bentuk kesalahan.

“Khidmat Masyarakat”: ini adalah dengan meminta mereka memperbetulkan kembali keadaan; contohnya, jika mereka membuat kotoran, mereka perlu membersihkannya kembali sebagai hukuman. Jika mereka menyepahkan barang, mereka perlu mengemaskannya semula. Jika mereka menumpahkan air, mereka mesti mengeringkannya. Jika mereka bergaduh, mereka mesti berdamai dan meminta maaf.

“Tarik Balik”: bagi kesalahan yang lebih serius, ibu bapa boleh menarik balik keistimewaan yang mereka nikmati seperti tiada komputer atau television untuk sehari, atau tidak boleh bermain dengan gajet buat seketika. Tetapi sebaiknya hukuman ini hendaklah diperbincangkan, diberi notis amaran dan diterangkan terlebih dahulu dengan jelas, agar mereka merasakan ianya sesuatu yang adil.

Jom amalkan dan jumpa lagi di artikel seturusnya. Sementara itu, marilah kita bersyukur dengan keluarga kita:

Biar rumah kecil, asalkan anak tak degil
Biar kereta lama, asalkan pergi ke mana-mana, bersama-sama

Zaid Mohamad adalah seorang Pembimbing Ibu Bapa Bertauliah dari Coach-Parenting USA, penulis buku terlaris "Ibu Bapa Bijak, Anak Hebat", kolumnis mingguan dan sering muncul di TV dan radio.  Sila lawati Facebook Zaid Mohamad atau laman web www.SmartParents.com.my.  

 

Penafian: Kandungan ini dikongsi sebagai bahan untuk maklumat sahaja dan bukan sebagai penggantian untuk nasihat pakar/perubatan, diagnosis atau rawatan. Anda dinasihati supaya sentiasa dapatkan nasihat profesional kesihatan untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan keadaan perubatan/situasi khusus.

Related articles

View details Demi Kerana Cinta
Artikel
Demi Kerana Cinta

Demi Kerana Cinta

Dalam mengajar anak-anak, niat perlu diperbetulkan dari awal. Pelajari cara untuk mendidik mereka dalam artikel ini.

View details Kemahiran Diri Yang Si Manja Anda Perlukan Untuk Masa Depan
Artikel
kemahiran-diri-yang-si-manja-anda-perlukan-untuk-masa-depan

Kemahiran Diri Yang Si Manja Anda Perlukan Untuk Masa Depan

Kemahiran diri menyumbang kepada perkembangan mental.

View details Tajamkan Kemahiran Si Manja dengan 13 Aktiviti Menarik dan Berkesan
Artikel
13-fun-and-effective-goal-setting-activities-for-kids-to-sharpen-their-learning-abilities

Tajamkan Kemahiran Si Manja dengan 13 Aktiviti Menarik dan Berkesan

Keupayaan Si Manja untuk menetapkan dan mencapai matlamat mereka akan menentukan pengalaman pembelajaran mereka di sekolah.

View details Virus dan Antibiotil Kasih Sayang
Artikel
Virus dan Antibiotil Kasih Sayang

Virus dan Antibiotil Kasih Sayang

Salah satu keperluan asas anak-anak ialah ingin dibelai dan dipeluk manja. Ketahui bagaimana untuk memupuk kasih sayang keluarga dalam artikel ini.

View details Pernah Dengar Tentang Sphingomyelin? Ianya Bagus Untuk Menyokong Perkembangan Minda Kanak-Kanak!
Artikel
girl

Pernah Dengar Tentang Sphingomyelin? Ianya Bagus Untuk Menyokong Perkembangan Minda Kanak-Kanak!

Kanak-kanak belajar dan berkembang pada kadar yang terpantas dalam beberapa tahun pertama mereka.

View details Motivasikan Pembelajaran Si Manja Melalui Permainan
Artikel
Motivate Your Kids Learning Through Play

Motivasikan Pembelajaran Si Manja Melalui Permainan

Lebih banyak bermain, lebih banyak kenangan bersama Si Manja dan mereka akan menghargainya.

View details Aktiviti yang sesuai untuk kanak-kanak mengikut usia mereka.
Artikel
119501504_xl

Aktiviti yang sesuai untuk kanak-kanak mengikut usia mereka.

Dengan peralihan ke fasa endemik dan anak-anak pula sudah boleh bersekolah seperti biasa, sudah tentunya para ibu bapa masih risau memikirkan tentang kesihatan mereka kan?

View details Cara Untuk Membina Masa Berkualiti Sebagai Ibu Bapa dan Kepentingannya
Artikel
the-importance-of-quality-time-in-parenting-and-how-to-create-it

Cara Untuk Membina Masa Berkualiti Sebagai Ibu Bapa dan Kepentingannya

Meluangkan masa bersama Si Manja adalah penting untuk perkembangan emosinya kerana ia merupakan salah satu daripada lima bahasa cinta.

View details Menjana Perkembangan Kanak-Kanak Dengan Makanan Kaya Nutrien
Artikel
fueling-child-growth

Menjana Perkembangan Kanak-Kanak Dengan Makanan Kaya Nutrien

Tahukah anda bahawa kajian menunjukkan bahawa punca yang paling biasa pertumbuhan perlahan pada kanak-kanak adalah pengambilan tenaga, protein, dan protein yang tidak mencukupi.

View details Perkembangan Otak Di Zaman Awal Kanak-Kanak: Apa Yang Ibu Bapa Perlu Tahu
Artikel
Explore with mom

Perkembangan Otak Di Zaman Awal Kanak-Kanak: Apa Yang Ibu Bapa Perlu Tahu

Zaman awal kanak-kanak adalah masa paling berharga untuk anak anda belajar. Kami ada penjelasannya.

View details Nutrien yang Dapat Meningkatkan Keupayaan Pembelajaran Si Manja
Artikel
nutrients-that-boost-the-learning-abilities-kids-need-now-and-for-the-future

Nutrien yang Dapat Meningkatkan Keupayaan Pembelajaran Si Manja

Jangan pandang rendah terhadap keupayaan Si Manja untuk mempelajari maklumat baru. Pada awal usianya, mereka mempunyai rasa ingin tahu dan imaginasi yang sangat tinggi.

View details Kekurangan Zat Pemakanan Pada Kanak Kanak
Artikel
1-nutritional-deficiencies

Kekurangan Zat Pemakanan Pada Kanak Kanak

Nutrien yang betul ini membantu pertumbuhan badan dan berkembang mengikut umur dan potensi sambil menjaga kesihatan kanak-kanak dengan menguatkan sistem imun.

View details Bergembira Tanpa Wang
Artikel
Bergembira Tanpa Wang

Bergembira Tanpa Wang

Wang ringgit memang bernilai, tetapi tidak mampu melawan nilai kebahagiaan sebuah keluarga.

View details Bimbing Anak-anak Anda Untuk Sentiasa Ingin Tahu!
Artikel
explore-world

Bimbing Anak-anak Anda Untuk Sentiasa Ingin Tahu!

Want your kids to become fast learners? Follow these easy tips to stimulate their curiosity, because curious kids learn faster!

View details Mengapa persekitaran semula penting untuk membesarkan anak yang luar biasa?
Artikel
Family high five

Mengapa persekitaran semula penting untuk membesarkan anak yang luar biasa?

Membuka Peluang: Hubungan yang Dinamik di antara Sifat Semula jadi dan Persekitaran supaya Membesar Menjadi Anak yang Luar Biasa

View details Warnakan Hidup Anak Anda
Artikel
Warnakan Hidup Anak Anda

Warnakan Hidup Anak Anda

Sememangnya penting untuk kita mencipta pemimpin yang lebih baik daripada kita. Ketahui bagaimana konsep WARNA boleh mendidik mereka menjadi pemimpin dalam artikel ini.

View details Melengkapkan Anak-anak Anda Dengan Kemahiran Hidup Sebenar Di Rumah
Artikel
webbanner

Melengkapkan Anak-anak Anda Dengan Kemahiran Hidup Sebenar Di Rumah

Rumah adalah tempat segalanya ia bermula – aktiviti yang seronok, meluangkan masa bersama dan menyemai semangat yang hebat kepada Si Manja.

View details Apa Itu Kemahiran Fungsi Eksekutif dan Kepentingan Untuk Pembelajaran Si Manja?
Artikel
Jenga

Apa Itu Kemahiran Fungsi Eksekutif dan Kepentingan Untuk Pembelajaran Si Manja?

Fungsi Eksekutif merupakan kemahiran mental seperti memori bekerja, pemikiran yang fleksibel dan kawalan kendiri.

View details Optimalkan Minda Anak-Anak
Artikel
Optimalkan Minda Anak-Anak

Optimalkan Minda Anak-Anak

Untuk para ibu bapa, ketahui cara untuk membentuk minda anak-anak agar cemerlang dalam bidang pelajaran di dalam artikel ini.