Bergembira Tanpa Wang

Bergembira Tanpa Wang, cara cara mengeratkan hubungan kekeluargaan

Wang ringgit memang bernilai, tetapi tidak mampu melawan nilai kebahagiaan sebuah keluarga. Ketahui bagaimana untuk mengeratkan hubungan tanpa perlu membelanjakan wang yang besar dalam artikel ini.

headphones

PLAYING: Having Fun without Fund

7 min read

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pernah tak dengar ungkapan ‘Dont worry, be happy’? Senang cakap tapi susah nak buat. Lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini, ramai ibu bapa yang risau untuk berbelanja untuk anak-anak dengan baik. Oleh itu, saya ingin kongsikan satu berita yang baik iaitu kita tidak perlu berbelanja dengan banyak untuk mencari kebahagiaan.

Saya sendiri memang akan berbelanja untuk keluarga seperti apabila keluar makan bersama mereka sudah tentu saya perlu mengeluarkan wang untuk hidangan tersebut. Namun begitu, segala perbualan, pergurauan, dan gelak ketawa yang kita kongsikan adalah tidak ternilai. Itulah hikmah sebenarnya meluangkan masa dengan keluarga. Kita akan biasa berfikir bahawa kebahagiaan boleh dibeli dengan wang ringgit tetapi jika kita perhati dengan lebih mendalam, hakikatnya kita tidak memerlukan wang yang banyak untuk berbahagia.

Bagaimana caranya? Anda boleh mencuba sendiri beberapa tips berikut:

 

Piknik

Piknik

Jika and tidak mampu untuk bercuti, cubalah berkelah. Cari satu lokasi menarik seperti pantai, taman bunga atau taman rimba.  Contohnya Port Dickson, FRIM, Templer Park atau Sungai Congkak, jika anda berada di Lembah Kelang.  Sediakan sedikit juadah.  Untuk lebih menyeronokkan, ajaklah ahli-ahli keluarga, rakan-rakan atau jiran-jiran untuk turut serta.

Aktiviti Famili di Hujung Minggu

Inilah masanya untuk anda sekeluarga melawat tempat-tempat menarik yang masih belum atau tidak dilawati buat beberapa ketika.  Anda boleh ke Zoo Negara, Muzium Negara, Taman Burung KL, Menara KL, Pusat Sains, Paya Indah Wetlands, Putrajaya atau Bukit Cahaya.  Lakukan aktiviti-aktiviti yang disediakan di sana.  Jika anda ke Putrajaya atau Bukit Cahaya, sewakan basikal dan nikmati udara segar sambil bersenam bersama keluarga.

Lawatan Sehari

Cari satu lokasi unik dan menarik yang anda boleh pergi dan balik dalam masa sehari memandu.  Terlintas di fikiran lokasi-lokasi seperti Kuala Gandah Elephant Sanctuary, pantai Bagan Lalang, Koloni Kelip-kelip Kuala Selangor dan lokasi favorit warga kota – pantai Port Dickson.  Anda sekeluarga tidak memerlukan apa-apa itenirari atau agenda; namun anda mampu menikmati pemandangan, makanan dan suasana santai yang menceriakan.

Perkhemahan

Bagi yang lebih menggemari aktiviti-aktiviti luaran yang lasak, anda boleh membawa bersama-sama peralatan perkhemahan. Ini adalah masa terbaik untuk bergabung dengan alam semulajadi. Ajaklah rakan-rakan yang mempunyai minat yang sama.  Anjurkan aktiviti-aktiviti seperti unggun api, hiburan dan permainan. Jangan lupa membawa makanan dan peralatan barbekue. 

 

Terdapat terlalu banyak lokasi-lokasi perkhemahan menarik di seluruh negara.  Anda hanya memerlukan sebuah semangat untuk pemnegmbaraan yang sukar dilupakan.

 

Bawa Anak-anak dan Rakan Mereka Berjalan-jalan

Bawa Anak-anak dan Rakan Mereka Berjalan-jalan

Jika ansa tinggal di bandar, gembirakanlah anak-anak anda dengan membawa mereka keluar bersama-sama rakan. Antara aktiviti yang mereka gemari ialah boling, menonton wayang dan pelbagai aktiviti lain yang sesuai dengan umur mereka.  Biarkan mereka makan bersama-sama sambil menikmati masa bersama-sama rakan.. 

 

Movie Night

Movie Night

Jika anda mempunyai sebuah sistem teater di rumah, inilah masanya untuk memaksimumkan penggunaannya.  Beli atau sewa filem-filem menarik dan tontoninya bersama-sma keluarga.  Sediakan juga juadah-juadah dan minuman ringan untuk lebeih memeriahkan keadaan.

 

Games Night

Games Night

Selain menonton filem, anda sekeluarga juga mengalami keseronokan yang hebat dengan mengadakan permainan bersama anak-anak.  Terdapat banyak permainan yang sesuai seperti “charade,” lukis-dan-menang, Scrabbles, Monopoly, catur, permainan berkad dan bermacam lagi.  Bahagikan ahli keluarga dalam bentuk kumpulan seperti ibu bapa melawan anak-anak atau lelaki melawan wanita.  Jadikan ianya kompetitif – mereka yang kalah hendaklah menyediakan sarapan pagi kepada si pemenang!

Anjurkan Sebuah Pesta

Ini boleh jadi sebuah pesta hari jadi atau pesta “Tanpa Sebab.”  Izinkan anak-anak anda menjemput rakan-rakan mereka.  Sediakan pelbagai juadah dan juga permainan untuk mereka.  Biarkan mereka bergembira sepuas hati sambil menikmati layanan mesra anda.

Bermalam Dengan Rakan Sebaya/Saudara-mara

Selepas pesta tersebut, rakan-rakan atau saudara-mara boleh bermalam di rumah anda, dengan kebenaran ibu bapa masing-masing.  Longgarkan buat seketika beberapa peraturan di rumah anda, seperti lanjutkan sedikit waktu tidur.  Mereka akan pastinya berterima-kasih di atas keperihatinan anda.

Itulah dia beberapa idea menarik yang boleh dipraktikkan tanpa melibatkan wang yang banyak.  Ianya bukan sahaja menyeronokkan, malah ianya juga mampu membuatkan anak-anak anda meningkatkan kemahiran bersosial dan menjadi seorang yang lebih baik.  Sebagai bonus, anda sekeluarga akan menikmati ikatan jalinan kekeluargaan yang meniingkat di samping mencipta memori-meori terindah yang bakal dikenang seumur hidup!

Zaman sekarang, kebanyakan ibu bapa akan membelikan gadget dan barangan berjenama untuk anak-anak mereka. Walaupun perkara-perkara ini akan memberikan keseronokan kepada kita, hakikatnya ialah keseronokan ini hanyalah sementara dan mungkin akan ditukarkan dalam beberapa bulan sahaja. Di sebaliknya, kebahagiaan yang sejati ialah segala kenangan dan saat-saat yang tidak ternilai yang kita cipta bersama keluarga. Inilah satu-satunya perkara yang gadget atau barang berjenama tak dapat memberikan kepada kita.

Jom sama-sama kita ambil tindakan. Cari jalan untuk kita lebih meluangkan masa bersama anak-anak. Sementara itu marilah kita bersyukur dengan keluarga kita:

Biar kita dihimpit teknologi, asalkan keluarga bertambah interaksi.

Biarpun kita di zaman komputer, kita perlu lebihkan membaca.

Zaid Mohamad adalah seorang Pembimbing Ibu Bapa Bertauliah dari Coach-Parenting USA, penulis buku terlaris "Ibu Bapa Bijak, Anak Hebat", kolumnis mingguan dan sering muncul di TV dan radio.  Sila lawati Facebook Zaid Mohamad atau laman web www.SmartParents.com.my.  

 

Penafian: Kandungan ini dikongsi sebagai bahan untuk maklumat sahaja dan bukan sebagai penggantian untuk nasihat pakar/perubatan, diagnosis atau rawatan. Anda dinasihati supaya sentiasa dapatkan nasihat profesional kesihatan untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan keadaan perubatan/situasi khusus.

Kandungan yang disyorkan

Jenga

Apa itu Kemahiran Fungsi Eksekutif dan Mengapa Ianya Penting Untuk Pembelajaran Si Manja?

Fungsi Eksekutif merupakan kemahiran mental seperti memori bekerja, pemikiran yang fleksibel dan kawalan kendiri. Sejak kecil lagi Si Manja perlu mempelajari cara-cara untuk membina kemahiran ini kerana ianya akan menentukan kelakuan mereka di masa depan. Kanak-kanak yang mempunyai masalah dengan fungsi eksekutif akan mengakibatkan kesusahan untuk menumpukan perhatian, mengawal emosi dan mengikut arahan.

Family high five

Sifat semula jadi dan Persekitaran: Mengapa ia penting dalam membesarkan anak yang luar biasa?

Membuka Peluang: Hubungan yang Dinamik di antara Sifat Semula jadi dan Persekitaran supaya Membesar Menjadi Anak yang Luar Biasa

nutrients-that-boost-the-learning-abilities-kids-need-now-and-for-the-future

Nutrien yang Dapat Meningkatkan Keupayaan Pembelajaran Si Manja Pada Masa Kini dan Hadapan

Jangan pandang rendah terhadap keupayaan Si Manja untuk mempelajari maklumat baru. Pada awal usianya, mereka mempunyai rasa ingin tahu dan imaginasi yang sangat tinggi. Kerana itulah pentingnya anda memberi mereka nutrien yang tepat untuk mengisi minda yang hebat ini.

kemahiran-diri-yang-si-manja-anda-perlukan-untuk-masa-depan

Kemahiran Diri Yang Si Manja Anda Perlukan Untuk Masa Depan

Kemahiran diri menyumbang kepada perkembangan mental. Mempersiapkan anak anda dengan kemahiran-kemahiran diri yang penting akan membantu membuka jalan menuju masa depan yang lebih cerah bagi mereka.