Aktiviti dan Berehat/Berehat dan tidur

Aktiviti dan Berehat/Berehat dan tidur

Jangan fikirkan sangat masalah itu yang membuatkan anda susah untuk tidur. Ketahui cara untuk membantu anda mendapatkan rehat yang diperlukan.

headphones

PLAYING: How to cope with pregnancy insomnia

3 min read

Jika anda sukar melelapkan mata semasa hamil, ia satu perkara biasa. Apabila perut anda semakin membesar, anda akan berasa semakin tidak selesa.

Berehat dan tidur

Membantu anda mendapat masa rehat yang diperlukan

Jika anda sukar melelapkan mata semasa hamil, ia satu perkara biasa. Apabila sampai ke trimester ketiga dan perut anda semakin membesar, anda akan berasa semakin tidak selesa.

Jika anda tidak lelap tidur, jangan fikirkan sangat masalah itu. Jangan bimbang,  ia tidak akan membahayakan anak anda.

Beberapa perkara yang boleh dicuba:

  • Lakukan beberapa senaman di waktu siang
  • Berehat di waktu siang juga dapat mengurangkan rasa penat
  • Luangkan selama satu jam untuk membaca buku, mendengar muzik yang menenangkan jiwa atau berendam di dalam air mandian hangat sebelum tidur dan bukannya menonton televisyen
  • Minumlah air panas yang bersusu sebelum tidur
  • Baring mengiring dan letakkan bantal tambahan di belakang anda, di bawah perut dan di antara lutut anda
  • Teknik menenangkan diri boleh membantu. Minta panduan dan nasihat di kelas antenatal anda

Berehat secukupnya, kini anda telahpun melahirkan anak

Corak tidur anda akan berubah secara mendadak

  • Tidur bila-bila masa anda mendapat peluang. Ini bermakna tidur semasa anak anda tidur, tidak kira masanya
  • Elakkan desakan untuk melakukan kerja-kerja rumah apabila mereka tidur, anda juga perlu mendapatkan rehat secukupnya
  • Jangan malu untuk mendapatkan bantuan daripada rakan-rakan dan dapatkan bantuan sebanyak yang boleh daripada pasangan, keluarga dan teman-teman anda
  • Anda digalakkan untuk meminta bantuan pasangan anda untuk membantu menyusukan anak di waktu malam. Jika anda menyusui anak, ini bermakna anda boleh mengeluarkan susu ibu pada waktu siang
  • Jika seseorang boleh menjaga anak anda selama beberapa jam, anda boleh memanfaatkan masa itu untuk berehat dan menenangkan diri
  • Jika anda selalu tidak cukup tidur, ditambah pula dengan gejala lain, ia boleh mengundang kemurungan. Sila berjumpa doktor atau bidan terlatih jika anda bimbang tentang masalah ini.

 

Penafian: Kandungan ini dikongsi sebagai bahan untuk maklumat sahaja dan bukan sebagai penggantian untuk nasihat pakar/perubatan, diagnosis atau rawatan. Anda dinasihati supaya sentiasa dapatkan nasihat profesional kesihatan untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan keadaan perubatan/situasi khusus.

 

Rujukan:

  1. https://www.healthline.com/health/pregnancy/early-insomnia#tryto-relax
  2. https://www.whattoexpect.com/pregnancy/symptoms-and-solutions/insomnia.aspx#:~:text=It's%20normal%20to%20have%20trouble,to%20get%20comfortable%20in%20bed

Kandungan yang disyorkan

Anda dan Doktor Anda

Anda dan Pakar Sakit Puan

Pada peringkat awal kehamilan, pentingnya kerjasama dengan pakar sakit puan anda bagi memudahkan mereka membantu anda tentang kehamilan dan kelahiran.

Ujian Pra-natal

Ujian Pra-natal

Ujian pranatal boleh mengesan masalah yang berpotensi pada peringkat awal. Artikel ini memberitahu betapa pentingnya ujian ini untuk memastikan hasil terbaik untuk anda dan bayi anda.