explore-world

Kanak-kanak yang Ingin Tahu Belajar Lebih Cepat. Berikut ialah Cara Anda Boleh Membimbing Anak-anak Anda untuk Sentiasa Ingin Tahu!

Perkembangan otak berlaku dengan pantas dalam beberapa tahun tahun pertama kanak-kanak dan terus berkembang sepanjang usia mereka. Semasa fasa inilah kanak-kanak terdedah kepada pelbagai peluang dan potensi, di mana pembelajaran berlaku dengan mudah.
 

headphones

PLAYING: Curious Kids Learn Faster. Here’s How You Can Guide Your Kids To Stay Curious!

7 min read

Adalah lumrah bagi ibu bapa inginkan anak mereka belajar dengan cepat, tetapi ingat, kanak-kanak perlu mempelajari kemahiran asas untuk mengembangkan kemahiran yang lain. Kajian menunjukkan bahawa kesihatan emosi kanak-kanak dan kecekapan sosial memainkan peranan penting dalam keupayaan kognitif mereka. Oleh itu, kanak-kanak memerlukan persekitaran untuk berkembang dan mencapai perkembangan mereka dengan sewajarnya, agar mereka dapat menikmati pengalaman pembelajaran yang terbaik.1
 

learning-experience


Kanak-kanak berlajar secara semula jadi, jadi memastikan mereka sentiasa ingin tahu dapat membantu dalam mengembangkan minat mereka untuk belajar. Mempunyai naluri ingin tahu juga adalah penting untuk memastikan perkembangan dan kesejahteraan kanak-kanak yang sihat. Apabila kanak-kanak ingin tahu, mereka lebih cepat belajar dengan lebih baik. Mereka akan mengingati segala yang dipelajari dengan begitu baik, dan menunjukkan prestasi yang lebih baik di sekolah.


Tip untuk Menggalakkan Naluri Ingin Tahu Kanak-kanak


Bantu kanak-kanak kekal ingin tahu dengan mengikuti tip yang menyeronokkan dan mudah ini:
 

  • Luangkan masa untuk bersama keluarga
    Berjalan kaki bersama keluarga pada waktu pagi atau petang, kunjungi taman rekreasi pada hujung minggu, atau wujudkan tradisi keluarga anda sendiri, contohnya hidangan aiskrim untuk meraikan sesuatu pencapaian atau malam permainan mingguan.
     
  • Sokong minat mereka
    Biarkan kanak-kanak menerokai minat mereka sendiri dan berikan mereka peluang untuk mengembangkan kemahiran dan pengetahuan baharu.
     
  • Perhatikan dan tanyakan soalan
    Perhatikan perkara-perkara biasa dalam seharian dengan anak-anak anda dan tanya soalan terbuka seperti siapa, apa, bagaimana, mengapa, dan lain-lain. Sebagai contoh, tanyakan tentang makanan mereka dan apa yang mereka fikirkan - Apa yang mereka makan? Adakah rasanya sedap? Apa yang mereka suka mengenainya? Apakah mereka tahu bagaimana ibu menyediakannya?
     
  • Berikan pengalaman dan bukannya hadiah

    family-activity

    Kanak-kanak akan mengingati pengalaman yang mereka tempuhi. Oleh itu, penuhi zaman kanak-kanak mereka dengan kenangan indah seperti melawat tempat baharu dan merasai pengembaraan baharu bersama. Ia adalah salah satu hadiah terhebat yang boleh anda berikan kepada anak anda.
     
  • Buka mata dan minda mereka
    Beri peluang kepada anak-anak untuk merancang percutian keluarga seterusnya. Tanya mereka ke mana mereka ingin pergi, apa yang mereka ingin lihat untuk percutian seterusnya. Dedahkan mereka kepada budaya dan komuniti yang berbeza, jika boleh. Anda bukan sahaja merangsang naluri ingin tahu mereka tetapi juga menggalakkan mereka untuk menjadi pelajar yang berdikari, pemikir dan pembuat keputusan.
     
  • Galakkan permainan bebas

    enjoy-child

    Ini akan mengembangkan ketabahan dan kemahiran mereka dalam menyelesaikan masalah. Biarkan mereka pelajari sesuatu mengikut cara mereka sendiri. Kanak-kanak akan belajar melalui percubaan dan kesilapan, jadi bantu mereka apabila mereka jatuh dan sokong mereka untuk bangkit semula dan teruskan mencuba.
     


Sokong Perkembangan Kanak-kanak dengan Pemakanan yang Baik

Tidak dinafikan bahawa pemakanan yang baik memainkan peranan penting dalam potensi pembelajaran kanak-kanak. Pemakanan yang baik meningkatkan fungsi otak dan membantu kanak-kanak untuk fokus dengan lebih baik. Kanak-kanak yang sedang membesar khususnya, memerlukan diet harian yang seimbang untuk mencapai pertumbuhan yang optimum dan sihat. Memandangkan peringkat perkembangan otak yang paling penting berlaku pada peringkat awal kanak-kanak, adalah amat penting untuk kanak-kanak mendapat nutrien yang tepat bagi menyokong sambungan otaknya.


Tingkatkan Sambungan Otak Kanak-kanak dengan Sfingomielin

Kanak-kanak yang ingin tahu banyak bertanya, yang menunjukkan bahawa sambungan otak mereka berfungsi dengan baik. Anda boleh membantu menyokong sambungan otak anak-anak anda dengan nutrien penting tertentu, dan salah satu nutrien penting yang diketahui mempunyai pengaruh positif terhadap perkembangan otak kanak-kanak adalah sphingomyelin.


Sfingomielin membantu otak berhubung sebanyak 10x lebih pantas* dan merupakan salah satu nutrien asas yang menyokong perkembangan otak kanak-kanak.


*berbanding neuron tidak bermielin.


Berikut adalah beberapa fakta menarik tentang sphingomyelin:
 

  • Ia adalah fosfolipid yang merupakan komponen penting dalam sarung mielin, yang melapisi gentian saraf (di mana mesej dihantar antara neuron). Proses ini dipanggil mielinisasi.2
     
  • Ia penting untuk mielinisasi dan menyokong pembelajaran kanak-kanak.3-5

    neuron brain

Apakah itu mielinisasi?

  • Mielinsasi dikaitkan dengan kemahiran kognitif dan motor.6-8
  • 2. Mielinsasi mempercepatkan sambungan neuron, yang boleh memberi manfaat kepada perkembangan kognitif kanak-kanak.9-11
     

brain-development


Bantulah anak-anak anda mendapat nutrien yang mereka perlukan untuk membesar dengan kuat dan sihat. Bimbing mereka untuk mengekalkan naluri ingin tahu setiap hari supaya mereka boleh belajar dengan lebih cepat dan mencapai potensi penuhnya.


S-26 Gold Progress dirumus khusus dengan sphingomyelin, DHA, 2’-FL dan oligofruktosa. Sokong tumbesaran anak anda dengan pemakanan yang sesuai dan rehat yang mencukupi untuk membantunya Cepat Berfikir dan Pantas Belajar.
 

Think-Quick-Learn-Fast


S-26 GOLD PROGRESS kini dirumus dengan bahan-bahan inovatif untuk menghasilkan susu tepung rumusan termaju kami untuk kanak-kanak.


nutrilearn-system


NUTRILEARN SYSTEM™ adalah gabungan saintifik nutrien yang direka untuk memastikan kecemerlangan kanak-kanak, memberikan mereka nutrien yang diperlukan untuk menyokong pembelajaran dan perkembangan pertumbuhan secara keseluruhan.


Cubalah S-26 Gold Progress (untuk usia 1-3 tahun) hari ini!


Dapatkan SAMPEL PERCUMA anda sekarang!

 

Rujukan:

  1. https://developingchild.harvard.edu/science/key-concepts/brain-architecture/
  2. Salzer JL, Zalc B.Curr Biol. 2016;26:R971-R975.
  3. Henríquez-Henríquez MP, Solari S, Quiroga T, Kim BI, Deckelbaum RJ, Worgall TS. Front Neurosci. 2015;9:300.
  4. Tanaka K, Hosozawa M, Kudo N, et al. Brain Dev. 2013;35(1):45-52.
  5. Deoni S, Dean D 3rd, Joelson S, O’Regan J, Schneider N. Neuroimage. 2018;178:649-59.
  6. Scchmithorstet al., 2005; Deoniet al., 2016; Chevalier et al., 2015; Buchelet al., 2004; Catani et al., 2007; O'Muircheartaighet al., 2013; nagyet al., 2004; Beaulieu et al., 2005; Short et al., 2013; Turkenet al., 2008; Bartzokiset al., 2010.
  7. Martinez & Mougan1998; Kinney et al., 1994; Don et al., 2014; Tanaka et al., 2013; Bentejacet al., 1988 & 1989; Oshidaet al., 2003; Vickers et al., 2009; Gustavssonet al., 2010; Stiles & Jernigan. 2010; Prado & Dewey 2014.
  8. https://courses.lumenlearning.com/edpsy/chapter/brain-development/
  9. LinderkampO et al (2009).Int. J. Prenatal and Perinatal Psychology and Medicine; 21: 4–16.
  10. Deoni, S.C et al (2016).Brain Structure Function; 221:1189-1203.
  11. Chevalier, N et al (2015).PLOS One: https://doi.org/10.1371/journal.pone.0139897.


Penafian: Kandungan ini dikongsi sebagai bahan untuk maklumat sahaja dan bukan sebagai penggantian untuk nasihat pakar/perubatan, diagnosis atau rawatan. Anda dinasihati supaya sentiasa dapatkan nasihat profesional kesihatan untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan keadaan perubatan/situasi khusus.