Memupuk Kebolehan Anak Anda Belajar

Memupuk Kebolehan Anak Anda Belajar

Sebagai ibu bapa, kita mengimpikan anak-anak kita berjaya dan cemerlang. Ketahui bagaimana ibu bapa boleh membantu anak-anak mereka mengembangkan kemahiran belajar dalam artikel ini.

headphones

PLAYING: Boost Your Child’s Learning Abilities

3 min read

Kemahiran belajar tidak semestinya diperoleh secara semula jadi. Oleh itu, ibu bapa memainkan peranan penting dalam membantu anak-anak.

Perkembangan kanak-kanak melibatkan proses belajar dan mengasah kemahiran seperti duduk, bercakap, melompat dan mengikat tali kasut. Sebagai ibu bapa, kita mengimpikan anak-anak kita berjaya dan cemerlang.

Kemahiran belajar tidak semestinya diperoleh secara semula jadi. Oleh itu, ibu bapa memainkan peranan penting dalam membantu anak-anak mereka mengembangkan asas kemahiran belajar.

  • Interaksi. Dengan bercakap, menyanyi, bermain, makan dan membaca dengan anak anda, dia akan berasa dirinya istimewa dan penting di mata anda. Anda juga dapat mengenali dan mendalami minat dan kemahirannya.
  • Bacalah selalu kepada anak ada. Kajian telah membuktikan bahawa ibu bapa yang selalu membacakan buku kepada anak mereka mempunyai perbendaharaan kata yang lebih banyak daripada kanak-kanak lain.1 Aktiviti membaca juga menyediakan perspektif baharu kepada anak-anak tentang kehidupan yang kita jalani di dunia ini.
  • Tentukan gaya belajar anak-anak anda. Gaya belajar anak-anak sangat unik dan tersendiri. Anak yang belajar gaya kinestetik belajar melalui pengalamannya sendiri. Anak gaya auditori lebih gemar mendengar maklumat secara lisan dan menyerap maklumat tersebut dengan mengulanginya dengan kuat. Manakala, anak yang belajar gaya visual memproses maklumat dengan membayangkan perkara dalam minda mereka dan membentuk imej mental. Galakkan gaya belajar semula jadi mereka tetapi pada masa yang sama bantulah mereka mengembangkan gaya lain sebanyak yang boleh.
  • Pantau dan bimbinglah mereka. Galakkan anak anda berdikari dengan melakukan kerja mereka sendiri. Jangan mengalah dengan permintaan mereka agar melakukan kerja rumah untuk mereka. Walau bagaimanapun, jawablah pertanyaan mereka dan berikan juga saranan.
  • Jadikan komunikasi tersebut berkaitan. Ajaklah anak anda bercerita tentang sekolah setiap hari. Perhatikan perkara baik yang dilakukan anak anda dan berikan sokongan positif.
  • Mengikut haluan. Berikan peluang anak anda untuk melakukan perkara dan belajar daripada kesilapannya. Oleh itu, anak anda akan dapat mengembangkan kemahiran dan memupuk keyakinan, malah mereka juga akan menghargai proses pembelajaran.

 

S-26 Gold Progress dirumus khusus dengan sfingomielin, DHA, 2'-FL dan oligofruktosa. Sokong tumbesaran anak anda dengan pemakanan yang sesuai dan rehat yang mencukupi untuk membantunya Cepat Berfikir dan Pantas Belajar.

Cubalah S-26 Gold Progress (untuk usia 1-3 tahun) hari ini!

 

Penafian: Kandungan ini dikongsi sebagai bahan untuk maklumat sahaja dan bukan sebagai penggantian untuk nasihat pakar/perubatan, diagnosis atau rawatan. Anda dinasihati supaya sentiasa dapatkan nasihat profesional kesihatan untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan keadaan perubatan/situasi khusus.

 

Rujukan:

  1. Frank Niklas, Caroline Cohrssen, Collette Tayler, The Sooner, the Better: Early Reading to Children, 2019. https://journals.sagepub.com/doi/10.1177/2158244016672715

Kandungan yang disyorkan

Waktu tidur

Waktu tidur

Tidur sekejap dapat membawa kepada corak tidur keseluruhan yang baik, oleh itu anak anda tidak menjadi terlalu penat. Dapatkan info bagaimana untuk menggalakkan anak tidur.

Latihan Menggunakan Bekas Tandas

Latihan Menggunakan Bekas Tandas

Pelajari bagaimanakah anda boleh menyediakan anak untuk latihan menggunakan bekas tandas dalam artikel ini.