girl

Pernah Dengar Tentang Sphingomyelin?

Kanak-kanak belajar dan berkembang pada kadar yang terpantas dalam beberapa tahun pertama mereka. Sebenarnya, kajian mengatakan bahawa lapan tahun pertama kehidupan seorang kanak-kanak mempunyai impak besar terhadap kesihatan, pembelajaran dan kejayaan hidupnya pada masa hadapan.1

headphones

PLAYING: Ever Heard of Sphingomyelin?

7 min read

Kita semua dilahirkan unik, namun satu persamaan yang ada pada kita ialah kesediaan untuk belajar. Otak manusia melalui pertumbuhan yang paling cepat pada peringkat sebelum kelahiran sehingga awal usia kanak-kanak1. Jadi, amat penting untuk kita memupuk perkembangan minda kanak-kanak kecil dari awal usia mereka.

baby-girl

 

Fakta menarik tentang perkembangan otak:

 

  • Saiz otak kita bermula dengan lebih kurang suku daripada saiz otak dewasa2.
  • Saiz otak kemudian akan terus membesar sehingga mencapai 80% dari saiz otak dewasa dalam masa dua tahun seterusnya2.
  • Pada usia 5 tahun, saiz otak kanak-kanak akan hampir mencapai kadar pertumbuhan yang sepenuhnya pada ukuran 90% saiz otak dewasa2.

 

Bagaimana Otak Berfungsi?

 

Otak merupakan pusat kawalan yang mengatur fungsi tubuh badan manusia. Otak terbahagi kepada beberapa bahagian dan setiap bahagian mempunyai fungsi yang spesifik seperti mengawal pergerakan, pertuturan dan emosi. Manusia dilahirkan dengan segala sel saraf (juga dikenali sebagai neuron) yang diperlukan seumur hidupnya. Sel-sel saraf inilah yang “mengerakkan” otak kita untuk berfungsi dan berhubung. Perhubungan antara neuron-neuron membolehkan kita bergerak, berfikir dan berkomunikasi.

 

Memahami Hubungan Sel-Sel Otak

 

Perkembangan hubungan sel-sel otak kanak-kanak bermula di tahun-tahun awal mereka dan akan terus berkembang melalui pengalaman harian yang mereka alami. Oleh itu, memupuk reaksi positif sejak awal kehidupan kanak-kanak adalah amat penting. Hubungan sel-sel otak yang dibina di awal usia kanak-kanak memberi kesan yang besar bagi mempengaruhi kebolehan yang diperlukan apabila mereka meningkat dewasa seperti motivasi diri, mengatur kehidupan, menyelesaikan masalah dan berkomunikasi.

family

 

Pernahkah anda perhatikan reaksi anak anda apabila mereka mendapat perhatian yang sepenuhnya dari anda? Dengan hanya bercakap dan bermain bersama, anda akan dapat membantu meningkatkan keyakinan diri anak-anak anda serta menggalakkan mereka untuk bermain dan belajar dengan lebih lagi. Bermain dan meneroka perkara baru bersama anak anda juga merupakan langkah yang akan membantu mereka dalam membina dan mempelajari kemahiran dan minat masing-masing. Reaksi positif anak-anak ketika anda membaca, menyanyi dan bermain dengannya adalah hasil perkembangan otak yang sihat.

 

Bantu Menyokong Pertumbuhan Otak Kanak-Kanak

 

Ibu bapa kepada anak-anak yang sedang membesar sentiasa akan mencari nutrisi berkhasiat yang baik untuk perkembangan otak anak-anak tersayang. Jadi, apakah zat yang sesuai untuk menyokong perkembangan otak anak anda? Kenali sphingomyelin.

 

Apakah itu sphingomyelin? Sphingomyelin merupakan zat yang banyak didapati di otak dan tisu saraf, yang terdiri daripada terbitan phosphoryl kompleks sphingosine dan choline.

 

Terlalu kompleks? Jangan bimbang, biar kami terangkan.

 

Salah satu daripada tiga faktor utama yang memandu perkembangan otak ialah myelination. Myelination ialah proses di mana bahan yang disebut myelin, yang terhasil daripada lipid dan protein, yang melapisi serat saraf (di mana mesej dihantar di antara neuron) di otak3. "Lapisan" ini dipanggil myelin sheath, di mana komponen utamanya adalah fosfolipid iaitu sphingomyelin.

 

Myelin sheath yang kaya dengan sphingomyelin.

 

Fosfolipid merupakan komponen penting bagi struktur saraf dan isyarat otak4-6.

 

Kesimpulannya, sphingomyelin merupakan asas kepada myelination dan menyokong pembelajaran kanak-kanak 4/7/8.

 

Fakta menarik mengenai myelination:

  • Myelination dikaitkan dengan kemahiran kognitif dan kemahiran motor 9-30.
  • Myelination membolehkan neuron berhubung dengan lebih pantas antara satu sama lain, dan boleh memberi manfaat kepada perkembangan kognitif kanak-kanak 31-33.

 

Nutrisi Yang Meningkatkan Potensi Kanak-Kanak

 

Sphingomyelin menyokong hubungan sel-sel otak dengan 10x lebih pantas* dan merupakan salah satu nutrien asas yang menyokong perkembangan otak kanak-kanak.

 

*berbanding neuron yang tidak melalui myelination

 

S-26 GOLD PROGRESS kini diformulasikan dengan ramuan inovatif untuk memberikan susu tepung rumusan yang terkini kepada kanak-kanak.

 

S-26 GOLD PROGRESS dirumus khas dengan sphingomyelin, DHA, 2’-FL dan oligofruktosa. Sokonglah tumbesaran anak anda dengan nutrisi yang sesuai dan rehat yang mencukupi agar dia sentiasa Pantas Berfikir, Cepat Belajar!

 

Rujukan:

 

  1. https://www.cdc.gov/ncbddd/childdevelopment/early-brain-development.html
  2. https://www.firstthingsfirst.org/early-childhood-matters/brain-development/
  3. Salzer JL, Zalc B.Curr Biol. 2016;26:R971-R975.
  4. Henríquez-Henríquez MP, Solari S, Quiroga T, Kim BI, Deckelbaum RJ, Worgall TS. Front Neurosci. 2015;9:300.
  5. Quarles RH, Macklin WB, Morell. American Society for Neurochemistry 2006:p.51-71.
  6. Martínez M, Mougan I. J Neurochem. 1998;71(6):2528-33.
  7. Tanaka K, Hosozawa M, Kudo N, et al. Brain Dev. 2013;35(1):45-52.
  8. Deoni S, Dean D 3rd, Joelson S, O’Regan J, Schneider N. Neuroimage. 2018;178:649-59.
  9. Schmithorstet al., 2005
  10. Deoniet al., 2016
  11. Chevalier et al., 2015
  12. Buchelet al., 2004
  13. Catani et al., 2007
  14. O'Muircheartaighet al., 2013
  15. nagyet al., 2004
  16. Beaulieu et al., 2005
  17. Short et al., 2013
  18. Turkenet al., 2008
  19. Bartzokiset al., 2010.
  20. Martinez & Mougan 1998
  21. Kinney et al., 1994
  22. Don et al., 2014
  23. Tanaka et al., 2013
  24. Bentejacet al., 1988 & 1989
  25. Oshidaet al., 2003
  26. Vickers et al., 2009
  27. Gustavssonet al., 2010
  28. Stiles & Jernigan. 2010
  29. Prado & Dewey 2014
  30. https://courses.lumenlearning.com/edpsy/chapter/brain-development/
  31. LinderkampO et al (2009).Int. J. ; 21: 4–16.
  32. Deoni, S.C et al (2016).Brain Structure Function; 221:1189-1203.
  33. Chevalier, N et al (2015).PLOS One: https://doi.org/10.1371/journal.pone.0139897.
  34. https://www.parents.com/toddlers-preschoolers/development/intellectual/fuel-your-childs-desire-to-learn/
  35. https://www.mayoclinichealthsystem.org/hometown-health/speaking-of-heal…

 

DISCLAIMER: The content is for informational purposes only and is not intended to be a substitute for professional medical advice, diagnosis, or treatment. Always seek the advice of your health professional with any questions you may have regarding a medical condition. Due to unique individual needs, the reader should consult health professional to determine the appropriateness of the information for the reader's situation.