Motivate Your Kids Learning Through Play

Motivasikan Pembelajaran Si Manja Melalui Permainan

Motivate Your Kids Learning Through Play

Keibubapaan
Artikel
Dis 15, 2023

Lebih banyak bermain, lebih banyak kenangan bersama Si Manja dan mereka akan menghargainya.

Tingkatkan Pembelajaran Si Manja Dengan Bermain

Dengan peralihan fasa endemik dan kanak-kanak dapat bersekolah semula seperti biasa, kesihatan Si Manja menjadi kerisauan ibu bapa. Tambahan pula dengan peraturan yang tidak lagi berkuatkuasa, kita hendaklah menjadi lebih berhati-hati dengan memastikan persiapan yang lengkap supaya kesihatan keluarga terjamin.

 

Ada sesetengah ibu bapa yang masih bimbang dan khuatir untuk membawa anak-anak mereka bermain di luar rumah. Pada masa yang sama, mereka tidak mahu anak-anak mereka berasa bosan dengan melihat dinding di rumah sahaja. Untuk mengatasi masalah ini, ibu bapa perlulah mengatur pelbagai aktiviti bagi memastikan anak-anak sibuk dan bebas daripada kebosanan.

 

Tidak dapat bermain di luar tidak harus merencatkan bagaimana anak-anak anda menikmati hari mereka. Dengan pelbagai aktiviti dalaman yang menyeronokkan yang sesuai dengan usia mereka, anda boleh memastikan mereka sibuk sepanjang hari. Lihatlah apa yang boleh mereka lakukan.

 

USIA 1-2 TAHUN

 

visual

 

1. Vroom, vroom!

Ambil kotak daripada pembelian dalam talian dan jadikannya kereta lumba terbaik yang boleh mereka bayangkan. Anda juga boleh memainkan peranan pelbagai watak seperti - pemandu kereta lumba, polis trafik, mekanik, dan banyak lagi. Dengan cara ini anda akan memupuk kreativiti mereka melalui imaginasi.

 

2. Sedia untuk masak!

Sediakan peralatan dapur mesra kanak-kanak khas dan tempat khas untuk mereka di dapur. Mereka akan belajar daripada meniru apa yang anda lakukan di dapur dan akhirnya mengembangkan rasa cinta kepada makanan. Pada zaman ini, meniru perbuatan ini akan mengajar mereka bebas dan memanfaatkan sisi kreatif mereka semasa menghasilkan makanan khas untuk seisi keluarga.

 

visual2

 

3. Golek sambil belajar

Ambil bola dan biarkan anak anda melatih kemahiran motor mereka. Sama ada kecil atau besar, bermain dengan bola bukan sahaja akan meningkatkan keyakinan mereka tetapi juga meningkatkan komunikasi mereka dengan anda. Ini adalah kaedah yang mudah tetapi bagus untuk membina kejelasan mental anak anda.

 

USIA 3-4 TAHUN

 

visual3

 

1. Teka bunyi

Anda hanya perlu membuat bunyi dan minta anak anda meneka bunyi apakah itu. Rangsangan mudah dan menyeronokkan ini juga boleh membawa kepada keseronokan berjam-jam. Cuba dari pelbagai bunyi dari haiwan hingga bunyi dalam hidup seharian untuk merangsang ingatan mereka.

 

2. Jom lakukan aktiviti fizikal

Cabaran mudah seperti mengangkat tangan, menari, kenyitan mata dan snap jari mengikut muzik boleh meningkatkan kemahiran motor mereka. Ia juga boleh melatih mengenal pasti bahagian-bahagian badan dengan lebih baik.

 

VIC

 

3. Main kejar-kejar!

"Jaga-jaga, nanti kena tangkap!" Permainan kejar dan tangkap di sekitar rumah ini menyeronokkan untuk seisi keluarga dan membantu mengawal tenaga kanak-kanak anda dengan lebih cekap. Lebih-lebih lagi dengan memeluk mereka dapat membantu untuk menjalin hubungan yang lebih baik dengan anak-anak anda.

 

USIA 5-8 TAHUN

 

1. Laluan berhalangan

Pada usia ini, permainan kejar dan tangkap di sekitar rumah terlalu mudah untuk mereka. Jadi, untuk meningkatkan kesukaran, anda boleh membuat laluan berhalangan khusus untuk mereka. Untuk tambah seronok, anda boleh menukar elemen laluan setiap bulan.

 

2. Cuci dan kemas

Kanak-kanak suka bermain dengan sabun dan air, jadi mengapa tidak memupuk rutin yang menarik apabila tiba masanya untuk mencuci pinggan mangkuk. Berikan 1 mata bila mereka membersihkan pinggan mangkuk sendiri, mencuci segala-galanya selepas setiap makan mendapat 2 mata dan membantu mengemas meja mendapat 1 mata.

 

visual4

 

3. Suka di dapur

Bina hubungan yang sihat untuk anak-anak anda di dapur dengan mengajar mereka kemahiran hidup asas supaya mereka boleh berkembang. Anda mungkin sedang memupuk master chef seterusnya!

 

KANAK-KANAK YANG LUAR BIASA PINTAR & KREATIF

Selain meluangkan masa berkualiti yang bermakna bersama anak-anak anda melalui aktiviti-aktiviti mudah yang menjadi ingatan untuk perkembangan keseluruhan mereka, anda juga boleh menyokong mereka dengan memberikan susu formula canggih untuk kanak-kanak untuk mengiringi pertumbuhan mereka.

 

Pastikan mereka mendapat nutrisi dan khasiat yang secukupnya melalui pemakanan yang seimbang. Kerana itulah Itulah sebabnya ibu bapa memilih S-26® PROGRESS® dan S-26® PROMISE® kerana ia dirumus dengan bahan-bahan inovatif untuk menyediakan susu formula yang paling maju untuk kanak-kanak dengan NUTRISSENTIALS®. Susu tepung ini adalah untuk kanak-kanak berumur 1 tahun ke atas. Ia mengandungi gabungan nutrisi penting seperti Lutein, AA dan DHA untuk menyokong perkembangan keseluruhan anak anda. Apabila anda kanak-kanak suka belajar, mereka membesar dengan lebih lebih pintar!

 

S-26® PROGRESS® dan S-26® PROMISE® kami dirumus khusus dengan:

  • AA, DHA & Kolina yang membantu menyokong pembelajaran.
  • Lutein untuk menapis cahaya biru dan memelihara mata.
  • Oligofruktosa, serabut diet terlarut yang membantu menyokong penghadaman.
  • Nutrien penting termasuk Kalsium, Vitamin D, Zat besi dan Zink.
  • Tanpa sukrosa

 

PENAFIAN: Kandungan ini dikongsi sebagai bahan untuk maklumat sahaja dan bukan sebagai penggantian untuk nasihat pakar/perubatan, diagnosis atau rawatan. Anda dinasihati supaya sentiasa dapatkan nasihat profesional kesihatan untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan keadaan perubatan/situasi khusus.