webbanner

Melengkapkan Anak-anak Anda Dengan Kemahiran Hidup Sebenar Di Rumah

Rumah adalah tempat segalanya ia bermula – aktiviti yang seronok, meluangkan masa bersama dan menyemai semangat yang hebat kepada Si Manja.

headphones

PLAYING: Equip Your Kids With Real-Life Skills At Home

5 min read

Bekalkan Si Manja dengan Kemahiran Hidup dan Perhatikan Mereka

Apabila kanak-kanak hanya terperap di dalam rumah dan tidak dibenarkan untuk terokai dunia luar, ia akan mengakibatkan mereka memberontak dan gelisah. Di sinilah perlunya peranan kita sebagai ibu bapa untuk menyediakan keperluan yang secukupnya dalam kehidupan Si Manja.

 

Untuk mewujudkan persekitaran yang selesa, ibu bapa perlu meluahkan kreativiti mereka untuk mencipta aktiviti mencabar minda yang menarik. Ini adalah penting bagi memastikan Si Manja tidak berasa bosan apabila berada di rumah.

 

Selain mengajar mereka subjek akademik yang penting, ibu bapa juga perlu bijak dalam menyelitkan kemahiran yang lain dalam kehidupan Si Manja. Cara ini dapat melatih mereka untuk hidup dengan berdikari dan berdisiplin di masa akan datang.

 

BILAKAH SAYA PERLU MENGAJAR SI MANJA?

Cara yang terbaik adalah dengan mengajar Si Manja tentang kemahiran hidup dengan lebih awal. Sebagai ibu bapa, kita perlulah memastikan jika mereka telah bersedia untuk mempelajarinya. Tahap tumbesaran dan perkembangan bagi setiap kanak-kanak adalah tidak sama. Jadi, adalah penting untuk kita menyesuaikan pembelajaran seiring dengan umur mereka.

 

Anda boleh mulakan dengan asas kemahiran hidup seperti menjaga kebersihan. Antaranya seperti mengemas katil sebaik sahaja bangun dari tidur, membasuh dan menyidai baju, mengemas dan membasuh pinggan selepas makan dan rutin harian yang lain.

 

Selain dari itu, ada banyak lagi aktiviti yang boleh dilakukan bersama Si Manja untuk memupuk kemahiran hidup mereka. Sebagai contohnya, dengan bantuan ibu bapa atau adik beradik yang lain, anda boleh mengajar mereka untuk membersih dan mengemas ketika membersihkan rumah. Mereka juga boleh diajar untuk mengelap meja dengan kain yang lembap ataupun menyapu lantai.

 

Selain itu, anda juga boleh menjadi kreatif dengan mencipta permainan seperti mengasingkan baju yang putih dan berwarna dengan cepat. Lama kelamaan, mereka akan berasa teruja untuk memecahkan rekod masa mereka sendiri apabila membasuh baju. Cara ini dapat menjadikan mereka seperti bermain dengan permainan disebalik mengemas rumah.

 

Anda juga boleh melakukan perkara yang sama di dapur. Selain daripada meminta mereka untuk membasuh sayur atau menggaul adunan kek, anda juga boleh meminta bantuan mereka. Anda boleh berkongsi cerita dan sebab mengapa anda suka memasak untuk keluarga di samping mengajar mereka cara untuk menyediakan makanan. Ini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan, malah mereka juga akan berasa bangga kerana dapat menyediakan makanan untuk keluarga! Tambahan pula, jika mereka suka akan kulinari, pengalaman ini dapat membantu dalam kerjaya mereka pada masa hadapan.

 

img-1

 

RAHSIA UNTUK MENAMBAHKAN KESERONOKAN DALAM HIDUP

img-2

 

Adakah anda inginkan anak-anak untuk menjadi lebih teruja? Pastikan mereka mendapat nutrisi dan khasiat yang secukupnya melalui pemakanan yang seimbang. S-26® PROGRESS® dan S-26® PROMISE® dengan Nutrissentials® adalah susu tepung rumusan untuk kanak-kanak 1 tahun dan ke atas, yang mengandungi kombinasi nutrien penting seperti Lutein, AA dan DHA untuk membantu perkembangan menyeluruh anak anda. Apabila anak anda seronok belajar, mereka bijak membesar!

 

Produk susu tepung rumusan ini telah diformulasikan dengan:

  • AA, DHA & Kolina yang membantu menyokong pembelajaran.
  • Lutein untuk menapis cahaya biru dan memelihara mata.
  • Oligofruktosa, serabut diet terlarut yang membantu menyokong penghadaman.
  • Nutrien penting termasuk Kalsium, Vitamin D, Zat besi dan Zink.
  • Tanpa sukrosa