Disiplin Semudah ABCD

Disiplin Semudah ABCD

Ramai orang bertanya bagaimana hendak mendidik anak-anak dengan mengunakan hukuman dalam bentuk yang seimbang serta memberikan ganjaran kepada mereka. Baca artikel ini untuk ketahu lebih lanjut.

headphones

PLAYING: Balancing Rewards and Punishment

7 min read

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Ramai orang bertanya bagaimana hendak mendidik anak-anak dengan mengunakan hukuman dalam bentuk yang seimbang serta memberikan ganjaran kepada mereka. Hukuman dan ganjaran yang diberikan kepada anak-anak perlu seimbang tanpa melebihkan mana-mana pihak semata-mata. Saya ingin berkongsikan satu formula yang saya namakan ‘Disiplin Semudah ABCD’.

Pertama sekali, bagaikan negara yang memerlukan sebuah parlimen, kita perlu duduk bersama ahli keluarga untuk berbincang, berbahas, dan bersetuju dengan perkara tertentu sehingga dapat menggubal rang undang-undang di rumah. Seterusnya, apakah itu ABCD?

Awesome

A = AWESOME

A ialah untuk “awesome” iaitu bagi tingkah laku yang baik dan layak diberikan anugerah. Tetapkan bersama anak-anak 5 hingga 10 perkara yang awesome jika mereka lakukan seperti membantu ibu dan ayah, melakukan kerja rumah tanpa disuruh, dan sebagainya. Apabila mereka lalukan perkara-perkara ini, ibu bapa perlu cepat memberikan mereka anugerah yang sesuai; bincangkan bersama mereka apa yang mereka mahu.

Bising

B = BELOW EXPECTATION

Seterusnya, B pula untuk “below expectation” iaitu di bawah jangkaan. Langkah yang sama perlu diambil iaitu menyenaraikan perkara-perkara yang di bawah jangkaan seperti menyepahkan rumah, tidak melakukan kerja rumah dengan betul ataupun memulakan pergaduhan antara adik-beradik, dan sebagainya. Hukuman bagi kategori ini ialah ibu bapa akan bising. Sudah tentu anak-anak tidak suka apabila ibu bapa berleter jadi pastikan mereka bersetuju untuk tidak melakukan perkara-perkara ini.

Critical

C = CRITICAL

Konsep yang sama juga boleh diaplikasikan kepada C dan D. C ialah untuk yang lebih “critical” dan ini merupakan perangai yang teruk seperti tidak melakukan atau menyorokkan kerja rumah, memukul adik, dan sebagainya. Kita perlu memberi hukuman C iaitu cantas waktu penggunaan komputer, telefon, televisyen mereka dan In syaa Allah mereka akan sedar dengan kesilapan mereka.

Dahsyat

D = DAHSYAT

D pula ialah yang paling dahsyat; iaitu apabila mereka melakukan perkara-perkara seperti bercakap bohong, meninggalkan solat dan sebagainya, maka kita sebagai ibu bapa perlu dapatkan persetujuan daripada anak-anak untuk memberi hukuman yang paling dahsyat juga iaitu rotan. Sekiranya kita mengamalkan cara disiplin ini, in syaa Allah, keluarga kita akan menjadi seimbang antara hukuman dan ganjaran.

Di samping itu, anda juga boleh mencuba beberapa tips berikut:

Jika hukuman perlu dilakukan, berikut ialah bentuj-bentuk hukuman yang sesuai dengan umur mereka. Namun, perlu diingatkan bahawa tujuannya ialah lebih kepada memberi tunjuk ajar.

“Time Out”: iaitu menyuruh mereka berhenti segala aktiviti dan duduk di suatu sudut yang disediakan khas untuk tujuan ini.  Selepas beberapa minit, pinta mereka ceritakan apakah kesalahan mereka dan biarkan mereka membela diri. Berikan tunjuk ajar sepenuh kasih-sayang agar mereka nampak bahawa perbuatan mereka tadi adalah satu bentuk kesalahan.

“Khidmat Masyarakat”: ini adalah dengan meminta mereka memperbetulkan kembali keadaan; contohnya, jika mereka membuat kotoran, mereka perlu membersihkannya kembali sebagai hukuman. Jika mereka menyepahkan barang, mereka perlu mengemaskannya semula. Jika mereka menumpahkan air, mereka mesti mengeringkannya. Jika mereka bergaduh, mereka mesti berdamai dan meminta maaf.

“Tarik Balik”: bagi kesalahan yang lebih serius, ibu bapa boleh menarik balik keistimewaan yang mereka nikmati seperti tiada komputer atau television untuk sehari, atau tidak boleh bermain dengan gajet buat seketika. Tetapi sebaiknya hukuman ini hendaklah diperbincangkan, diberi notis amaran dan diterangkan terlebih dahulu dengan jelas, agar mereka merasakan ianya sesuatu yang adil.

Jom amalkan dan jumpa lagi di artikel seturusnya. Sementara itu, marilah kita bersyukur dengan keluarga kita:

Biar rumah kecil, asalkan anak tak degil
Biar kereta lama, asalkan pergi ke mana-mana, bersama-sama

Zaid Mohamad adalah seorang Pembimbing Ibu Bapa Bertauliah dari Coach-Parenting USA, penulis buku terlaris "Ibu Bapa Bijak, Anak Hebat", kolumnis mingguan dan sering muncul di TV dan radio.  Sila lawati Facebook Zaid Mohamad atau laman web www.SmartParents.com.my.  

 

Penafian: Kandungan ini dikongsi sebagai bahan untuk maklumat sahaja dan bukan sebagai penggantian untuk nasihat pakar/perubatan, diagnosis atau rawatan. Anda dinasihati supaya sentiasa dapatkan nasihat profesional kesihatan untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan keadaan perubatan/situasi khusus.

Kandungan yang disyorkan

Jenga

Apa itu Kemahiran Fungsi Eksekutif dan Mengapa Ianya Penting Untuk Pembelajaran Si Manja?

Fungsi Eksekutif merupakan kemahiran mental seperti memori bekerja, pemikiran yang fleksibel dan kawalan kendiri. Sejak kecil lagi Si Manja perlu mempelajari cara-cara untuk membina kemahiran ini kerana ianya akan menentukan kelakuan mereka di masa depan. Kanak-kanak yang mempunyai masalah dengan fungsi eksekutif akan mengakibatkan kesusahan untuk menumpukan perhatian, mengawal emosi dan mengikut arahan.

Family high five

Sifat semula jadi dan Persekitaran: Mengapa ia penting dalam membesarkan anak yang luar biasa?

Membuka Peluang: Hubungan yang Dinamik di antara Sifat Semula jadi dan Persekitaran supaya Membesar Menjadi Anak yang Luar Biasa

nutrients-that-boost-the-learning-abilities-kids-need-now-and-for-the-future

Nutrien yang Dapat Meningkatkan Keupayaan Pembelajaran Si Manja Pada Masa Kini dan Hadapan

Jangan pandang rendah terhadap keupayaan Si Manja untuk mempelajari maklumat baru. Pada awal usianya, mereka mempunyai rasa ingin tahu dan imaginasi yang sangat tinggi. Kerana itulah pentingnya anda memberi mereka nutrien yang tepat untuk mengisi minda yang hebat ini.

kemahiran-diri-yang-si-manja-anda-perlukan-untuk-masa-depan

Kemahiran Diri Yang Si Manja Anda Perlukan Untuk Masa Depan

Kemahiran diri menyumbang kepada perkembangan mental. Mempersiapkan anak anda dengan kemahiran-kemahiran diri yang penting akan membantu membuka jalan menuju masa depan yang lebih cerah bagi mereka.