Kami tahu anda ada soalan, jangan bimbang, kami disini untuk menjawab! Layari soalan-soalan lazim mengenai ENERCAL PLUS®
Hubungi kami di talian 1-800-88-3433 untuk ketahui lebih lanjut
INFO PRODUK FAQ
ENERCAL PLUS® adalah suplemen nutrisi yang lengkap dan seimbang untuk orang dewasa bagi menyokong keperluan nutrisi untuk kekuatan dan penghadaman.
Apakah nutrien utama dan kebaikan ENERCAL PLUS® yang baru?
ENERCAL PLUS® mengandungi:
- Protein tinggi daripada 50% Protein Whey dan 50% Protein Soya. Nisbah adunan Protein tinggi ini adalah senang dihadam oleh badan dan dapat membantu membaiki tisu otot untuk menyokong kekuatan otot.
- Nutrisi lengkap dan seimbang untuk menyokong keperluan nutrisi harian seseorang individu.
- Prebiotik FOS untuk menyokong penghadaman dengan membekalkan persekitaran usus yang baik. Kurang gula sebanyak 26% berbanding formulasi terdahulu dengan rasa yang sama enak.
Siapakah boleh mengambil ENERCAL PLUS®?
ENERCAL PLUS® sesuai untuk individu berumur 18 tahun dan keatas.
Adakah ENERCAL PLUS® sesuai untuk menggantikan makanan harian?
Ya, ENERCAL PLUS® boleh diambil sebagai makanan gantian untuk senario seperti berikut:
- Individu yang sibuk: menggantikan satu makanan utama dengan 1 gelas ENERCAL PLUS® (1.5kcal = 9 pencedok + 180ml air) + 1 hidangan buah untuk hidangan yang seimbang
- Menurunkan berat badan: menggantikan satu makanan utama dengan 1 gelas ENERCAL PLUS® + 1 hidangan buah untuk hidangan yang seimbang
- Menaikkan berat badan: Tidak. Kami menyarankan untuk mengambil 2 gelas ENERCAL PLUS® sebagai tambahan kepada makanan harian utama (3 makanan utama, 2 snek)
Apakah saiz hidangan harian yang dicadangan bagi ENERCAL PLUS®?
Anda disarankan untuk mengambil 2 hidangan ENERCAL PLUS® sehari atau seperti yang disarankan oleh pakar kesihatan anda.
KESESUAIAN FAQ
ENERCAL PLUS® adalah bebas laktosa. Ia sesuai diambil oleh individu yang mengalami intoleransi laktosa.
Adakah ENERCAL PLUS® sesuai untuk pesakit pra-kencing manis/ kencing manis?
ENERCAL PLUS® bukan dirumus untuk pesakit kencing manis. Sila dapatkan nasihat daripada pakar kesihatan sebelum mengambil ENERCAL PLUS®.
Adakah ENERCAL PLUS® sesuai untuk vegetarian?
ENERCAL PLUS® mengandungi susu lembu.